Recent Post

Tuesday, August 16, 2016

Ada Sebab Huawei P9 Lebih Mantap dari iPhone & Samsung


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Perkara paling penting dalam memilih telefon bimbit sekarang ini ialah kamera. Sebab apa? Sah-sahlah korang akan pilih kamera telefon bimbit yang gempak sebab nak gambar yang cantik, terang dan mantap untuk dikongsikan dalam sosial media korang kan?

Budiey percaya, setiap kali korang bukak phone tu, akan buka gallery atau guna kamera… boleh dikatakan setiap hari… apatah lagi kalau selalu ke sana sini macam Budiey ni. Sentiasa nak ambil gambar guna kamera.

Ramai juga yang bertanyakan kepada Budiey… kamera telefon bimbit mana yang lebih mantap sekarang ini. Budiey tak nak kasi pendapat berdasarkan pengalaman sendiri tapi Budiey usaha juga untuk jawab berdasarkan pengalaman dan pendapat umum. Jadi, Budiey buat survey dan kajian di internet. Okay jom kita gooogle!

Realitinya sekarang ni, zaman kamera digital dah berlalu. Kita dah tak beli kamera digital macam dulu lagi dah untuk ambil gambar kan? Sekarang zaman kita guna kamera yang sedia ada di telefon bimbit. Jadi, nak tak nak kenalah beli yang gempak sikit.

4222016115917AM_635_huawei_p9_lite

Apa yang Budiey baca di internet, bersumberkan dari www.forbes.com, telefon bimbit Huawei antara mendapat tempat dan perhatian ramai pengguna. Haa, pasti ada sebabnya, kenapa kamera Huawei P9 ni lebih gempak dan lebih terang.

Apa yang lebih penting dari sudut kaca mata pengguna, kita yang hidup di era digital sekarang ini mahu kamera yang lebih advance. Sebagai contoh, Huawei P9 yang sekarang ini tengah trending ada kamera telefon yang ada ciri Dual Lenses. Inovasi ini sememangnya memberi cabaran kepada pengeluar telefon bimbit yang lain. Memang superblah gambar dari telefon yang ada Dual Lenses ni.

Huawei P9

Apatah lagi apabila melihat kepada harga Huawei P9 yang cukup berpatutan dan tidaklah semahal telefon bertaraf high-and & premium yang lain tu. Dengan kamera belakang 12-megapixel dan didatangkan dengan tagline – Reinvent smartphone Photography, menjadikan Huawei P9 menghasilkan gambar yang lebih terang, lebih details diambil dengan dua lensa.

Secara faktanya, dari apa yang Budiey baca, Dual Lense yang ada pada Huawei P9 tu menjadikan gambar lebih cantik dari iPhone. Gempak kan?

Tambahan pula Huawei ada partnership dengan Leica di mana kebanyakan kamera yang dikeluarkan oleh Huawei adalah dari kamera leica.

Oleh kerana persaingan yang begitu sengit, masing-masing nak lebih maju. Maka adalah 'perbalahan' sana-sini. Budiey ada baca tentang Huawei saman Samsung kerana menyalahi hak patent di China dan Amerika Syarikat.

Inovasi yang dibuat oleh Huawei sikit sebanyak juga mencabar pencapaian iPhone dari sudut pengalaman pengguna dan juga reka bentuk. Ramai pengguna sekarang dah bijak buat penilaian. Diorang dah tahu telefon mana yang best, lebih gempak dan lebih hebat berdasarkan pengalaman mereka. Jadi, jangan pandang mudah juga dengan hak pengguna sekarang yang akan memberi pendapat yang jujur tentang sesuatu produk.

Jadi, korang yang di luar sana yang tertanya kamera telefon bimbit mana yang gempak, sekarang sudah terjawab. Amat jelas sekali Huawei P9 merupakan pemenang di sini.

Related

Komen via Facebook

Komen




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *