Recent Post

Thursday, August 04, 2016

Malaysia dipilih Presiden Majlis Keselamatan PBB - Utusan Malaysia


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

PUTRAJAYA 3 Ogos – Malaysia sekali lagi dipilih memegang jawatan Presiden Majlis Kese­lamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk sepanjang bulan ini bermula 1 Ogos lalu.

Menurut kenyataan Wisma Putra, ini merupakan kali kedua Malaysia memegang jawatan tersebut sejak dilantik sebagai Ahli Tidak Tetap Majlis Kese­lamatan PBB untuk tempoh 2015 hingga 2016.

Jelas kenyataan tersebut, sebagai presiden organisasi itu, Malaysia mengadakan Mesyua­rat Majlis Keselamatan PBB Me­ngenai Isu Kanak-Kanak dan Konflik Bersenjata bermula semalam.

"Dalam mesyuarat itu, Se­tia­usaha Agung PBB, Ban Ki-moon dijangka membentangkan laporan tahunan berhubung pencabulan serius ke atas kanak-kanak ketika situasi konflik bersenjata.

"Negara-negara anggota PBB akan membincangkan kemajuan yang telah dicapai dalam mengukuhkan perlindungan ka­nak-kanak dalam situasi konflik dan cara menangani serta mengatasi cabaran terkini," kata kenyataan itu di sini hari ini.

Mengulas lanjut, kenyataan berkenaan memaklumkan, Malaysia merupakan Pengerusi Kumpulan Kerja Majlis Keselamatan PBB mengenai Kanak-Kanak dan Konflik Bersenjata untuk tahun 2015 dan 2016.

Selain itu, Wisma Putra menjelaskan, Malaysia bercadang untuk mengadakan Mesyuarat Majlis Keselamatan di peringkat menteri berkaitan ketakcambahan senjata pemusnah besar-besaran pada 23 Ogos ini.

"Mesyuarat ini bertujuan untuk membincangkan ancaman-ancaman dan cabaran-cabaran terkini bagi mencegah ketakcambahan senjata pemusnah besar-besaran serta teknologi dan bahan-bahan berkaitan," ujar kenyataan itu.

Pada masa sama, kenyataan itu memberitahu, isu-isu lain akan turut dibincangkan dalam Majlis Keselamatan PBB yang dipengerusikan oleh Malaysia termasuk isu Palestin, Yaman, Syria, Lebanon, Libya, Kosovo, Sudan dan Guinea-Bissau.

"Selaku Presiden Majlis Ke­selamatan PBB, Malaysia akan turut memainkan peranan aktif dalam proses pemilihan Se­tiausaha Agung PBB yang baharu, memandangkan penggal perkhidmatan Ban Ki-moon dijadualkan tamat pada akhir tahun ini.

"Malaysia akan terus me­ngetengahkan pendirian ke­se­derhanaan, penyelesaian kon­flik secara aman, perlindungan orang awam semasa konflik dan kedaulatan undang-undang sebagai asas dalam penyelesaian konflik antarabangsa," tambah kenyataan itu.




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *