Recent Post

Thursday, August 04, 2016

MB Perlis: Sekalipun mohon maaf, saya berhak saman blogger


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man berkata beliau masih berhak menyaman blogger yang menuduh beliau bersekongkol dengan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menjatuhkan perdana menteri sekalipun blogger itu sudah memohon maaf.

"Memang dia sudah minta maaf dan tarik balik dakwaan yang dibuat... tetapi saya masih berhak untuk saman beliau kerana fitnah itu telah merosakkan reputasi saya," kata Azlan.

Menteri besar itu berkata fitnah yang sengaja ditimbulkan blogger itu adalah serius kerana ia tidak hanya melibatkan rakyat di Perlis tetapi juga seluruh Malaysia.

Azlan menyatakan hal ini kepada pemberita sejurus selepas penangguhan persidangan hari kedua Dewan Undangan Negeri semalam.

Menteri Besar berkata, "Walaupun dia dah mohon maaf tetapi ramai yang telah membaca tulisannya dan membuat pelbagai andaian.

"Malah apabila dia memohon maaf secara menulis di blog sahaja, pasti ada yang baca dan tidak membacanya.

"Apa pun perbuatan itu telah memburukkan imej saya, dan saya mahu dia menerbitkan permohonan maaf dan menarik semula dakwaan jahat beliau terhadap saya menerusi media elektronik dan cetak, sebolehnya di semua laman media sosialdengan serta merta," tegasnya.

Azlan berkata tulisan blogger itu nyata bersifat pembohongan, fitnah dan berniat jahat selain cuba menimbulkan permusuhan antara beliau dengan perdana menteri.

"Bagaimana dia boleh mendakwa saya tidak menyokong perdana menteri sedangkan saya merupakan pemimpin utama di Perlis yang tanpa berbelah-bagi menyatakan sokongan terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib.

"Saya pernah tegaskan bahawa di dalam konteks Umno, kita mesti setia kepada kepimpinan," kata Azlan.

Beliau ber kata, blogger tersebut telah membuat permohonan maaf menerusi blognya pada 31 Julai lepas.

- Bernama




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *