Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
Perkara itu dimaklumkan oleh laman Facebook rasmi Najib Razak sebentar tadi sebelum perkara yang sama diumumkan oleh Facebook Johor Southern Tiger.
Menurut kenyataan di Johor Southern Tiger, pertemuan itu membincangkan beberapa isu semasa berkaitan dengan hal ehwal politik dan beberapa perkara yang berkaitan dengan isu tanah air terkini.
"DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor berkenan berangkat ke Seri Perdana, Putrajaya hari ini, 12hb Ogos 2016 dalam rangka pertemuan baginda bersama YAB Dato' Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia. "Dalam pertemuan tersebut, DYAM Tunku Mahkota Johor yang menerima jemputan jamuan petang di sana turut membincangkan beberapa isu semasa berkaitan hal ehwal politik dan perkara-perkara berkaitan isu-isu tana hair terkini. "Pertemuan ini secara tidak langsung mencerminkan keprihatinan DYMM Sultan Johor dan DYAM Tunku Mahkota Johor dalam menyampaikan pandangan dan suara rakyat demi kemajuan negara. Allah Peliharakan Sultan.", tulis kenyataan terbabit. - Siakapkeli.my
No comments:
Post a Comment