Recent Post

Tuesday, August 30, 2016

Pemuda PAS Perak kecam penghinaan pada Harussani


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Pemuda PAS Perak mengecam pemberian anugerah 'menghina intelektual' terhadap Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria oleh gabungan NGO wanita di Petaling Jaya kelmarin.

Menyifatkannya sebagai penghinaan dan biadab, ketuanya Mohd Akmal Kamaruddin berkata penganjur yang sebenarnya "menghina intelektual atas kejahilan mereka".

"Pemuda PAS Perak memandang serius atas kekerapan penghinaan demi penghinaan terhadap agama oleh beberapa NGO dan individu atas nama kebebasan bersuara dan hak asasi manusia.

"Tindakan mereka jelas menunjukkan kurangnya kefahaman terhadap Islam malahan lebih parah apabila ada yang mula menentang Islam secara terang," katanya.

Anugerah negatif dinamakan Aiyoh Wat Lah itu itu dianjurkan oleh Kumpulan Bertindak Bersama bagi Kesaksamaan Gender (JAG) dan Inisiatif Kesaksamaan Gender (GEI).

Acara tahunan itu sudah lima kali dianjurkan sebelum ini.

Harussani mengalahkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mendapat dua pencalonan dalam kategori sama, setelah undian dibuat.

Anugerah terhadap mufti kanan itu diberikan susulan kenyataannya pada April tahun lalu bahawa tiada istilah rogol dalam perkahwinan dan isteri mesti taat pada permintaan seks suami jika tidak uzur, tidak sakit atau bersalin.

Katanya, Nabi Muhammad juga berkata isteri mesti patuh walaupun di atas belakang unta.

Dalam kenyataan hari ini, Mohd Akmal mempertahankan kenyataan Harussani yang menurutnya berhujah atas landasan ilmu dan kebenaran.

"Hujah yang dikeluarkan dalam isu tiada konsep rogol dalam perkahwinan adalah bertepatan dengan perihal munakahat berlandaskan syarak," katanya.

Pemuda PAS Petak juga menyeru kepada semua pihak supaya berani tampil untuk "membela Islam", selain menyatakan kesediaan mereka bertemu dengan penganjur bagi merungkai kekusutan.

Anugerah itu mengetengahkan komen-komen seksis, misoginistik (antiperempuan), homofobik (antihomoseksual), transfobik (antitransgender).

Kategori 'menghina intelektual' dianugerahkan kepada pihak yang membuat ulasan tidak logik, tidak rasional dan palsu sama sekali.




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *