Recent Post

Saturday, August 06, 2016

TMJ tolak jawatan Presiden FAM - Kosmo!


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

TMJ tolak jawatan Presiden FAM

05/08/2016 11:40pm

KUALA LUMPUR - Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim sekali lagi bertegas menolak jawatan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Namun beliau sedia mempertimbangkan tawaran sebagai Pengerusi Pasukan Kebangsaan dan Ketua Kongres untuk Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP).

Tunku Ismail berkata, jawatan Presiden FAM tidak sepatutnya disandang golongan keluarga diraja, atau mereka yang mempunyai pertalian dengan mana-mana persatuan bola sepak negeri atau kelab yang mengambil bahagian.

Sebaliknya tegas Tunku Ismail, calon presiden badan induk itu mestilah seorang yang berkecuali kepada semua negeri dan kelab yang mengambil bahagian untuk mengelakkan gejala rasuah dan sikap pilih kasih.

"Saya tidak setuju menjadi Presiden FAM kerana saya sudah mempunyai Johor DT (Johor Darul Ta'zim). Akan ada konflik kepentingan kerana saya akan lebih cenderung ke arah negeri saya," titah baginda. - Bernama




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *