Recent Post

Sunday, September 11, 2016

Al-Quran jadi tumpuan umat Islam dunia - Kosmo!


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Al-Quran jadi tumpuan umat Islam dunia

11/09/2016 12:22pm

Peserta World #QuranHour membaca Al-Quran secara serentak di seluruh dunia turut diadakan di Masjid Negara hari ini.

KUALA LUMPUR - Selama sejam hari ini umat Islam di seluruh dunia dalam semangat penyatuan ummah mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran sempena Program World #QuranHour yang julung kali diadakan.

Titik tumpu acara itu di Masjid Sultan Ahmad Shah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) disertai lebih 3,000 orang ketika umat Islam yang menunaikan haji berhimpun di Padang Arafah pada hari wukuf 9 Zulhijjah.

Penasihat Sosio Budaya Kerajaan, Tan Sri Dr. Rais Yatim, yang juga pengerusi UIAM, berkata program itu memperlihatkan cantuman jiwa umat Islam di seluruh dunia dalam mengagungkan kalam Allah itu.

"Berkumpul kita di UIAM menandakan corak kemasyarakatan Islam. Acara ini tak dapat dibandingkan dengan kegiatan lain. Marilah kita bersama-sama terus perkukuh insaniah dan ketepikan perbezaan," katanya ketika berucap pada majlis bermula 9 pagi itu.

Rais kemudian membacakan surah al-Fatihah bagi memulakan program World #QuranHour disusuli bacaan surah al-Baqarah oleh Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Tan Sri Othman Mustapha. - Bernama




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *