Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
19/09/2016 12:48pm
KUALA LUMPUR - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) nekad menggunakan peruntukan yang bakal diterima melalui Bajet 2017 secara optimum bagi merealisasikan setiap rancangan berdasarkan Pelan Pembangunan Stategik Keupayaan ATM (4D MAF).
Panglimanya, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin berkata, ATM akan fokus terhadap usaha pembangunan yang mencakupi tiga aspek iaitu pembangunan keupayaan baharu, kesiapsiagaan angkatan dan kualiti hidup.
"Kita tidak akan mendapat 100 peratus peruntukan yang diperlukan dalam pembentangan bajet bulan depan tetapi saya optimis bahawa kerajaan tidak mengabaikan soal keselamatan negara bukan sahaja melibatkan ancaman dari luar, malah dalaman.
"Ketiga-tiga aspek tersebut memerlukan keseimbangan dan ia sememangnya bergantung kepada keadaan dan peruntukan yang akan diberikan oleh kerajaan," katanya pada sidang akhbar Perbarisan Hari Angkatan Tentera Malaysia Ke-83, di sini hari ini - K! ONLINE
No comments:
Post a Comment