Recent Post

Tuesday, September 06, 2016

Bolehkan Ibu Bapa Yang Dijangkiti Zika Menggugurkan Kandungan Jika Memudaratkan? Ini Jawapan Pejabat Mufti


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Sejak kebelakangan ini ramai antara rakyat Malaysia menyatakan kebimbangan dengan penularan wabak Zika bawaan nyamuk Aedes di mana negara kita sudah mencatat beberapa kes wabak berkenaan.

Ada yang tertanya-tanya adakah boleh menggugurkan kandungan jika ibu yang mengandung atau bapa telah dijangkiti Zika kerana bimbang kemudaratan kepada bayi yang baru lahir nanti.

Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dalam satu kenyataan semasa dipetik laporan Malaysiakini, orang Islam boleh menggugurkan kandungan mereka jika dijangkiti virus Zika jika memudaratkan kehidupan keluarga serta bayi itu sendiri.

Pejabat mufti berkenaan menjelaskan kenyataan itu dikeluarkan kerana cenderung kepada pendapat majma' fiqh Islami, sidang ulama-ulama di Mekah pada 1990, yang dikiaskan dengan kes thalasemia.

"Dalam keadaan seperti itu, persetujuan daripada kedua ibu bapa yang diberi kefahaman yang jelas bolehlah diambil kira untuk pelaksanaan pengguguran janin itu," katanya.

Berkaitan kes thalassemia Dr Hassan al-Jizani berpendapat, janin yang berumur 120 hari kebawah boleh digugurkan jika akan membawa kesusahan, kesedihan dan penderitaan terhadap keluarga jika kekal hidup.

"Jika umur bayi melepasi umur berkenaan, janin tidak boleh digugurkan kecuali ditimpa komplikasi atau sebarang penyakit seperti talasemia dan diperakukan pakar perubatan yang diyakini."

"Maka, jika didapati janin tersebut mengalami bahaya yang tidak mungkin boleh dirawat, anak itu lahir dengan penyakit yang kekal, memberi kesan yang bermasalah dalam kehidupannya serta membebankan kepada keluarganya, maka ketika itu boleh digugurkan mengikut kehendak kedua ibu bapa," kata pejabat itu.

Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri pula berkata perkara ini perlu dirujuk kepada pakar perubatan yang diyakini dan juga ibu bapa supaya memahami hakikat isu ini dengan sebaiknya.

"Selepas itu, ba rulah boleh diambil tindakan pengguguran dengan ketetapan-ketetapan dan syarat-syarat yang amat ketat sebagaimana di atas," katanya. - Siakapkeli.my




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *