Recent Post

Thursday, September 01, 2016

Kes Zika pertama di MalaysiaĆ¢€¦wanita dari Klang - AgendaDaily


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Terakhir dikemaskini: 01 September 2016 By WARTAWAN AGENDADAILY

Sebelum ini kita baca kisah virus ini melanda beberapa negara termasuk jiran Singapura.Kini…sudah ada kes pertama di Malaysia.Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramanian umum seorang wanita berusia 58 dari Taman Botanic, Klang disyaki telah dijangkiti.

Wanita berkenaan dan suaminya melawat anak mereka ke Singapura pada 19 Ogos untuk melawat anak perempuan mereka yang sah mengidap Zika dan pulang ke Malaysia pada 21 Ogos.

Katanya wanita itu menunjukkan tanda-tanda jangkitan pada 28 Ogos dan dibawa ke sebuah klinik swasta pada 31 Ogos.

Pada hari sama dia diperiksa di Hospital Sungai Buloh dan hasil ujian air kencing dapati positif.

Setakat ini suami wanita itu dan anggota keluarga yang tinggal satu rumah belum lagi menunjukkan tanda-tanda dijangkiti.

Dr Subramanian juga kata maklumat yang diperolehi dari Kementerian Kesihatan Singapura mendapati terdapat lima rakyat Malaysia yang berkerja dan menetap di sana disahkan dijangkiti Zika.

Bagi tempoh 27 hingga 31 Ogos terdapat 115 kes Zika yang disahkan di Singapura.- 1/9/2016

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *