Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
11/09/2016 6:54pm
Naza memberi ganjaran kepada atlet Malaysia yang meraih pingat emas pada Sukan Paralimpik 2016 di Rio, dengan setiap seorang bakal menerima kenderaan Kia Sportage.
KUALA LUMPUR - Naza Corporation Holdings (Naza) akan memberi ganjaran kepada atlet Malaysia yang meraih pingat emas pada Sukan Paralimpik 2016 di Rio, dengan setiap seorang bakal menerima kenderaan Kia Sportage, kata Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, SM Nasarudin SM Nasimuddin.
"Saya amat berbangga dengan atlet paralimpik Malaysia yang akan membawa pulang ke tanah air pingat emas mereka," kata Presiden Majlis Paralimpik Malaysia itu dalam kenyataan hari ini.
"Sebagai sebuah syarikat tempatan, Naza akan memberi ganjaran kepada atlet Malaysia yang memenangi pingat emas pada Sukan Paralimpik Rio 2016 dengan setiap seorang akan menerima kereta serba baharu Kia Sportage," katanya.
Setakat ini, Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi telah memenangi pingat emas pertama buat Malaysia dalam acara 100 meter T36 lelaki.
Pelari pecut itu mencatat masa 12.07 saat untuk memadamkan rekod lama Paralimpik 12.25s yang dilakukan Roman Pavlyk dari Ukraine pada Sukan Paralimpik Beijing 2008. - Bernama
No comments:
Post a Comment