Recent Post

Saturday, September 17, 2016

Teringin Nak Tukar Kereta Baru, Pemuda Ini Ada Caranya


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Ish, ko tukar kereta baru lagi ke bro? Bukan ko baru pakai kereta ni ker? Tak rasa rugi ker tukar kereta baru ni? Begitulah soalan yang bertalu-talu kita tanya, dekat kawan, sedara, sepupu bila mana mereka menukar kereta baru. Apa tidaknya, kita sendiri ni pun, yang pakai kereta dekat 9 tahun, masih lagi tak berani nak tukar kereta lain, iya la, loan pun tak habis bayar lagi. Tapi, mestilah mereka ni semua ada caranya kan, kalau tak, takkan lah berani nak bertukar kereta setiap 3 atau 5 tahun, boleh habis simpanan kalau tak ada cara yang betul. Ha, inilah yang admin nak kongsikan, macam mana kita boleh realisasikan angan-angan nak tukar kereta baru menjadi realiti, saudara Khairul Ezuwan dah kongsikan step by step, cara efektif nak upgrade kereta, jom kita baca! Bak kata saudara Khairul Ezuwan,sekadar gambar hiasan,duduk jer tak beli,duduk free,beli kena bayar. Cara efektif upgrade kereta 3 ke 5 tahun sekali  Kita selalu melihat segelintir orang yang mana setiap 3 atau 5 tahun asyik bertukar kereta baru, pastu siap upgrade lagi. Tidak lain dari kotak fikiran kita hanya berfikir mereka ni orang kaya atau hanya membazir. Pemikiran Kita akan berubah pada mereka bila kita tahu kaedah ini.

1. Mereka akan pastikan deposit untuk Beli kereta tidak kurang 20% dr harga kereta tersebut sebagai contoh kereta berharga RM100K dengan RM80K sahaja pembiayaan.

2. Tempoh pembiayaan maksimum hanya 5-7 thn sahaja. Yang banyak saya lihat, jika harga begini, mereka akan guna kaedah 5 tahun sahaja pembiayaan. Sebenarnya Kita boleh bayar untuk tempoh 5 tahun tapi Kita yang buat pilihan untuk 9 tahun sebab nak bayar installment yang lebih murah.

3. Kenapa 5 tahun? Kereta adalah Sewa beli yang merupakan satu liability yang negative. Warranty kereta baru juga biasanya max 5 tahun sahaja & banyak kereta buat masalah lepas 5 tahun. Mereka akan tukar kepada kereta baru sebelum tempoh warranty tamat. Dapat warranty baru lagi 5 thn. Maknanya less cost of maintenance dan berkait juga dengan keselamatan seperti risiko kerosakan di tengah jalan.

4. Trade in kereta tersebut dalam tempoh 5 thn, kereta pon dah habis bayar. Kereta yang baru berusia 5 tahun masih mempunyai nilai yang tinggi di pasaran sebab beli Kereta terpakai baru berusia 5 tahun, masih boleh buat pembiayaan bank 9 tahun, so demand masih tinggi kepada pembeli kedua. Ambil depreciation value 10% setahun. Maknanya value masih ada RM50K. Jadikan sebagai deposit kereta baru yang berharga RM130K. Pinjaman RM80K sahaja. Jadi komitmen still tidak berubah tetapi dapat kereta baru yang lebih selesa dan yang paling penting peace of mind dengan warranty yang disediakan.

5. Kereta baru profit rate yg lebih rendah. Lebih pendek tempoh pembiayaan biasanya semakin rendah profit rate yang diberikan.

Sekadar berkongsi kaedah, tidak semestinya boleh diikuti kerana setiap orang mempunyai capacity, capability & menta lity yg berbeza. Ada yang memang mampu bayar tempoh 9 tahun, ada yang nak cepat habis bayar, Ada yang suka tiada hutang kereta, Ada yang lebih suka beli Kereta murah cash . Itu terpulang kepada pilihan masing-masing. Mana yang sesuai, boleh gunakan kaedah ini. - Siakap Keli




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *