Recent Post

Saturday, September 17, 2016

Bawah 16 tahun, M'sia tewas 3-0 kepada Oman


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Malaysia memulakan kempen Kejohanan Bola Sepak Asia Bawah 16 Tahun dengan langkah kiri apabila kalah 3-0 kepada Oman pada perlawanan pembukaan Kumpulan C di Stadium Pandit Jawaharlal Nehru di Goa, India, semalam.

Pada perlawanan yang disiarkan secara langsung oleh stesen televisyen swasta, Oman mendahului 1-0 pada babak pertama menerusi jaringan penalti oleh Arshad Alawi pada minit ke-20.

Pada babak kedua, Oman menambah jaringan menerusi Yousuf Malki pada minit ke-63 sebelum Arshad sekali menepati sasaran untuk gol ketiga pada minit ke-78.

Terdahulu, dalam perlawanan kumpulan yang sama, Iraq menewaskan Korea Selatan 2-1.

Malaysia akan menentang Iraq manakala Oman akan berdepan dengan Korea Selatan pada perlawanan kedua masing-masing, Isnin ini.

Sejumlah 16 pasukan menyertai kejohanan anjuran Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) itu dengan kesemua pasukan diletakkan dalam empat kumpulan.

Selepas perlawanan kumpulan, dua pasukan teratas dalam setiap kumpulan akan mara ke peringkat suku akhir.

- Bernama




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *