Recent Post

Thursday, September 22, 2016

Vokal Luar Biasa Datuk Jamal Abdillah, Zamani Slam & Ameng Spring di KONSERT 3 SUARA


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Bagi peminat-peminat Datuk Jamal Abdillah, Zamani Slam dan Ameng Spring, berita penyatuan ketiga-tiga penyanyi hebat ini di atas satu pentas pastinya diterima baik.

Sementelah bukan mudah untuk menyaksikan ketiga-tiga pemilik suara emas itu beraksi bersama meskipun perjuangan mereka dalam bidang seni sudah menjangkau usia yang cukup lama.

Tidak hanya Zamani dan Ameng, konsert berkenaan turut menampilkan Jamilul Hayat yang merupakan adik kepada Jamal sendiri.

KONSERT 3 SUARA

Vokal  Luar Biasa Datuk Jamal Abdillah, Zamani Slam & Ameng Spring di KONSERT 3 SUARA Konsert yang akan diadakan di panggung berprestij Istana Budaya (IB) dilihat seperti kesinambungan kepada Konsert 3 Suara yang pernah dijayakan oleh Ziana Zain, Erra Fazira dan Awie serta Datuk Siti Nurhaliza, Hetty Koes Endang dan Ramli Sarip.

Berkongsi mengenai konsert itu, Jamal berkata, dia sangat bersyukur kerana diberi peluang untuk mengadakan konsert berkenaan.

"Satu penghargaan bagi saya apabila projek ini diterima pihak IB. Pelbagai cabaran terpaksa dihadapi untuk sampai ke tahap ini. Saya harap, ia berjalan lancar sehinggalah pada hari persembahan berlangsung."

Mengakui pelbagai persoalan dilemparkan kepadanya kerana memilih Zamani dan Ameng, katanya, dia melihat situasi yang menimpa kedua-dua penyanyi itu sekadar ujian dan dugaan dalam perjalanan hidup mereka.

"Saya juga pernah mengalami perkara sama, tetapi kita harus memberi peluang kepada diri sendiri serta orang lain untuk mengubah hidup mereka. Apa yang berlaku ambil sebagai pengajaran dan penglibatan mereka menerusi konsert ini hanya sedikit usaha kecil daripada saya untuk memeriahkan kembali nama mereka di persada seni."

Jamal berharap konsert itu mampu menjadi permulaan baik kepada Zamani dan Ameng untuk kekal aktif sebagai penyanyi selepas ini.

"Ini hanya inisiatif untuk memberikan semangat dan membuktikan peminat masih menyayangi mereka.

"Konsert ini juga akan membuktikan mereka sentiasa diterima walaupun pernah terjerumus dengan najis dadah seperti saya. Pengalaman tersebut bukannya pemutus semangat untuk terus hidup dan berjuang memperbaiki kesilapan diri," katanya.

Berbicara lanjut, kata Jamal, pemilihan Zamani dan Ameng juga kerana dia yakin dengan kemampuan kedua-dua penyanyi itu.

"Saya berjumpa Ameng untuk mengusulkan mengenai konsert ini ketika dia berada dalam penjara lagi. Walaupun dia baru sahaja dibebaskan tetapi saya tahu dia boleh melakukannya dengan baik.

"Zamani juga sama, menerusi persembahan-persembahannya sebelum ini tidak dapat disangkal dia mempunyai vokal yang baik dan aura tersendiri," katanya.

Mengenai pemilihan Jamilul pula, penglibatan adiknya itu merupakan ruang kepadanya untuk kembali mewarnai dunia seni.

"Jamilul juga mempunyai bakat yang baik dalam bidang ini, sayang rasanya jika bakat yang ada terkubur begitu sahaja," katanya.

Kehebatan tersendiri

Sementara itu, Ketua Pengarah IB, Datuk Juhari Shaarani berkata, beliau amat teruja untuk menyaksikan ketiga-tiga penyanyi tersebut bersatu di pentas IB.

"Sebenarnya Jamal yang memberi idea mengenai konsert ini. Apabila dia memberitahu untuk mengundang Zamani dan Ameng, saya fikir mengapa tidak kerana ia kolaborasi yang sangat hebat.

"Lagipun, kehebatan suara dan keistimewaan dimiliki mereka tidak serupa dengan penyanyi-penyanyi lain. Malah mereka mempunyai pengikut tersendiri kerana vokal unik yang dianugerahkan kepada mereka," katanya pada majlis sidang media konsert berkenaan, baru-baru ini

Jelas Juhari, dia yakin penganjuran bermula 22 hingga 25 September itu akan mencipta fenomena di IB.

"Konsert 3 Suara yang diadakan sebelum ini mendapat sambutan menggalakkan daripada peminat.

"Kali ini pasti lebih hebat kerana lagu-lagu nyanyian mereka menjadi siulan sehingga kini. Malah, peminat mereka yang lahir sekitar awal 80-an dan 90-an juga pasti tidak ketinggalan menonton konsert ini nanti," katanya.

Tambah Juhari, konsert mendapat anjuran syarikat milik Jamal iaitu Binjamal Event Sdn Bhd sepatutnya mengisi kalender IB tahun lalu.

"Bagaimanapun kerana sebab-sebab tertentu, ia terpaksa ditangguhkan," katanya.

Konsert berkenaan bakal diiringi oleh 20 muzik profesional bawah pimpinan Raja Mohd Sham Raja Saari.

Sumber: Sinar Harian

Related

Komen via Facebook

Komen




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *