Recent Post

Monday, October 03, 2016

Anak Sasterawan Negara, cucu cedera ditetak penyamun


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Seorang novelis dan anak lelakinya cedera ditetak selepas bergelut dengan penyamun di rumah mereka di Taman LavenderHeight, Paroi dekat Seremban, awal hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Supt Abdul Rahim Daud berkata mangsa yang juga merupakan pengurus syarikat, hanya menyedari rumahnya dipecah masuk apabila terlihat kelibat individu yang tidak dikenali dalam rumahnya.

Katanya kejadian yang berlaku di rumah anak Sasterawan Negara Abdullah Hussain itu dipercayai berlaku kira-kira pukul 5.15 pagi tadi.

"Mangsa Ahmad Patria Abdullah, 48, ketika itu sedang menonton televisyen di ruang tamu dan terlihat kelibat orang luar telah memecah masuk ke dalam rumahnya.

"Beliau cuba bertindak menghalau suspek dan menjerit memanggil isterinya supaya menghubungi polis. Ketika itu juga berlaku pergelutan antara mangsa dan suspek.

"Anak lelaki mangsa, Abdullah Hasif, 16, terjaga daripada tidur dan terusmenuju ke arah bapanya untuk membantu. Pergelutan itu menyebabkan mangsa dan anaknya cedera akibat ditetak mengunakan parang," katanya dalam kenyataan di Seremban.

Abdul Rahim berkata semasa kejadian, isteri mangsa bersama anak-anaknya yang lain berusia enam dan 10 tahun berada dalam bilik atas kerana tidur.

"Isteri mangsa yang menyedari kejadian ini telah menghubungi taliankecemasan serta turun menekan loceng kecemasan dan ia menyebabkan suspek melarikan diri melalui tingkap yang telah mereka potong.

Hasil siasatan awal mendapati suspek dipercayai seramai tiga lelaki danmemecah masuk melalui tingkap dengan memotong jerijinya dan mereka juga keluar menerusi jalan yang sama, kata Abdul Rahim.

Beliau berkata pemeriksaan di lokasi kejadian juga turut mengesan alatpemotong yang digunakan suspek.

"Suspek dipercayai bersenjatakan dua parang dan satu alat pemotong, yang dipercaya terjatuh semasa mereka melarikan diri. Kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan," katanya.

Sementara itu, penulis novel Aristokra itu ketika ditemui berkata ketikakejadian beliau sedang menonton televisyen apabila ternampak kelibat suspek.

"Ketika saya memandang suspek, dia telah mengacukan parang ke arah saya dan minta saya diam. Saya terus menerpa ke arahnya.

"Kebetulan semasa bergelut anak lelaki saya terjaga dan terus menuju ke arah saya untuk selamatkan saya dan dia turut bergelut dengan suspek," katanya.

Menurutnya, akibat pergelutan itu, beliau cedera di kepala, belakang bahu dan kedua-dua tangannya akibat tetakan manakala anaknya mengalami kecederaan di kepala dan tangan kanan.-Bernama




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *