Recent Post

Friday, October 14, 2016

Eraman Malaysia unjur peningkatan perolehan perniagaan runcit - Berita Harian


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

PRESIDEN Persatuan Suri dan Kakitangan Wanita Malaysia Airports (AERONITA), Datin Rogayah Ibrahim dan Pengurus Besar, Zulhikam Ahmad melihat barangan yang terdapat di butik Bally pada majlis pembukaan butik kedua jenama itu di bangunan Satelit di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, hari ini. - Foto Saddam Yusoff

SEPANG: Malaysia Airports (NIAGA) Sdn Bhd, yang juga dikenali sebagai Eraman Malaysia, mengunjurkan peningkatan perolehan perniagaan runcitnya kepada RM720 juta menjelang akhir tahun ini berbanding RM674 juta pada 2015.

Pengurus Besar, Zulhikam Ahmad, berkata jumlah itu mampu dicapai berdasarkan jualan lebih baik tahun ini selain peningkatan pelancong asing, yang dijangka semakin ketara menjelang suku terakhir tahun ini.

"Kami menjangkakan peningkatan perolehan hampir 10 peratus tahun ini, meskipun berdasarkan data kajian industri peruncitan pelancong global, kadar pertumbuhan pendapatan hanya lima peratus di rantau Asia Pasifik.

"Namun, Eraman Malaysia berjaya mencatat peningkatan hingga 10 peratus berdasarkan perkiraan semasa," katanya selepas pembukaan butik kedua Bally di Bangunan Satelit di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini, hari ini.

Yang turut hadir Presiden Persatuan Suri dan Kakitangan Wanita Malaysia Airports (AERONITA), Datin Rogayah Ibrahim.

Zulhikam menambah, prestasi jualan Eraman Malaysia dalam tempoh lapan bulan pertama tahun ini meningkat dua kali ganda berbanding tahun sebelumnya dan berharap prestasi cemerlang itu berterusan hingga hujung tahun ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, pembukaan Bally, butik kedua jenama terkenal antarabangsa itu di KLIA, akan menampilkan pelbagai jenis rekaan terkini terutama koleksi musim luruh, yang dijangka mendapat sambutan menggalakkan.

"Kami juga berharap kerajaan dapat menambah jumlah barangan bebas cukai, terutama kepada pelancong tempatan, dalam pembentangan Bajet 2017," katanya.




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *