Recent Post

Friday, October 14, 2016

Tip Ini Boleh Membantu Anda Dalam Menangani Masalah Pelupa, Atau Mudah Hilang Fokus


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Adakalanya untuk mengingati banyak perkara dalam satu-satu masa ianya seperti satu tugasan yang sangat sukar. Kalau dahulu, sewaktu kecil kita mudah untuk mengingati sesuatu perkara, seperti aksi-aksi, atau kata-kata yang digunakan dalam cerita kartun, mahu pun janji ibu dan bapa untuk membelikan mainan apabila kita berbuat baik.

Namun, kebolehan untuk mengingat akan sesuatu perkara atau kejadian semakin berkurang bila mana kita meningkat dewasa, dan buat kita tertanya-tanya apakah faktor penyebab akan keadaan ini, adakah umur berkait rapat dengan pemikiran manusia.

Oleh sebab inilah, penjagaan awal perlu dilakukan dalam memastikan otak kita jauh dari masalah lupa, atau Alzheimer ini. Admin ingin kongsikan, penulisan dari seorang doktor apa yang kita boleh lakukan untuk menguatkan ingatan, jom kita baca penulisan Dr Rizal Abu Bakar ini.

INGAT - LUPADulu-dulu Alzheimer terkena pada orang tua. Sekarang tidak lagi. Muda pun boleh terkena.

Simptomnya awal sebelum kita tua lagi. Bermula dengan masalah memori biasa. Lupa sikit-sikit.

Awalnya ialah hilang fokus. Fikiran mudah sangat melayang. Menurut Harvard Busines Review 90% manusia mengalami masalah ini.

Bahasa sainsnya ialah Mild Cognitive Impairment. Apabila dibiarkan, ia melarat. Makin tenat.

Perlu jaga dari sekarang. Perlu elak dari nyanyuk dari awal lagi. Bak kata pepatah apa yang ditanam itulah yang dituai.

Boleh elak apabila kita lakukan perkara-perkara ini - B.A.M.

B - BACA: Setiap hari baca Al-Quran. Baca buku sekurang-kurangnya sepuluh muka surat. A - AKTIF: Perlu aktif dari sekarang. Aktif bersenam. Bukan duduk terbenam. M - MAKAN: Pilih makanan tiada MSG. Makanan segar perlu diutamakan.

Buat. Tidak perlu tunggu sakit baharu mahu buat. Itu sudah terlewat.

OTAK KITA TANGGUNGJAWAB KITA. Kalau bukan kita yang jaga, siapa lagi?

Moga-moga kita dijauhakan dari masalah ini, dan persediaan awal perlu dilakukan, supaya kita mampu mempunyai minda yang cerdas, walau umur semakin meningkat. Jom kita amalkan gaya hidup yang sihat, mulai hari ini. - Siakap Keli




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *