Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
Untuk menjadi seorang hero, seseorang itu haruslah menggunakan kelebihan yang dimiliki pada diri sendiri untuk membuktikan kepada semua orang yang mereka berkemampuan. Ibarat hendak pergi berperang, para Hero harus memastikan bahawa strategi yang diatur oleh mereka dapat menambat hati para juri.
2 episod wildcard telah pun disiarkan pada dua minggu lepas di mana lapan hero bertuah – Jasni, Syakur, Naem, Zamri, Redza, Taufiq, Syahir dan Yeo menyahut cabaran dalam menyiapkan tugasan yang diberi oleh para juri. Episod wildcard ini merupakan penentuan siapakah dua orang hero yang akan mara ke peringkat separuh akhir, dan siapakah pula yang terpaksa menamatkan perjalanan mereka di dapur Hero Oven.
Sepanjang penglibatan setiap peserta dalam Hero Oven, para juri akan memerhatikan juga cara interaksi kesemua Hero. Untuk digelar sebagai seorang chef selebriti, mereka perlulah mempunyai kemahiran berkomunikasi yang tinggi dengan penonton.Program realiti memasak yang dihoskan oleh Chef Fikree Aznan, Chef Sarah Samsul Ariffin dan Kilafairy juga selaku panel juri ini telah menyaksikan kesemua lapan peserta wildcard diuji menerusi tiga cabaran. Berbeza dengan episod-episod sebelum ini, mereka tidak wajib untuk menggunakan ramuan rahsia yang ditetapkan oleh para juri dalam pusingan wildcard.
4 orang hero telah bertanding dalam pusingan wildcard bahagian pertama, dan mereka adalah hero Naem, Syakur, Syahir dan Yeo. Tiga cabaran telah diberikan kepada mereka. Cabaran pertama adalah untuk menyediakan fusion local desert yang merupakan pencuci mulut gabungan bahan-bahan dari negara timur dan barat.Seterusnya, kepakaran mereka diuji lagi melalui cabaran kedua di mana mereka harus menyediakan Chocolate Souffle. Bagi cabaran ketiga, setiap hero harus membuktikan kemahiran mereka dengan menyediakan French Baguette.
Hanya satu peserta sahaja yang berjaya memenangi hati para juri dengan hasil pastrinya dalam pusingan wildcard bahagian pertama, dan peserta tersebut adalah hero Naem. Ini bermakna Naem berjaya memenangi tiket emas ke peringkat separuh akhir secara automatik.
4 orang hero yang lain pula berentap dalam pusingan wildcard bahagian kedua, dan mereka adalah hero Redza, Taufiq, Jasni dan Zamri. Seperti bahagian pertama, keempat-empat hero ini juga harus menyediakan hidangan fusion gabungan negara timur dan barat. Untuk cabaran kedua dan ketiga pula, mereka perlu menyediakan Dacquoise dan Roti Pintal.
Sukar bagi para juri untuk memilih siapakah hero yang berpotensi untuk menyertai 9 orang peserta separuh akhir yang lain. Namun, keputusan tetap perlu dilakukan. Hero yang berjaya merebut peluang terakhir untuk mara ke peringkat separuh akhir dalam pusingan wildcard bahagian kedua adalah hero Taufiq.
Oleh itu, tersenarailah 10 orang hero separuh akhir Hero Oven iaitu Mashad, Zam Akmal, Rahmat, Akmal, Brynner, Firdausy, Faiz, Hamidy, Naem dan Taufiq! Debaran semakin memuncak, persaingan semakin sengit! Bukan senang nak jadi hero, jejaka manakah yang bakal menjadi pakar manisan kesukaan rakyat Malaysia? Jangan lupa untuk menonton program realiti memasak Hero Oven yang bersiaran pada setiap hari Selasa, pukul 11.30 pagi di TV3!
Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman web www.tv3.com.my/herooven dan ikuti juga laman sosial Facebook, Twitter, Youtube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia. Bagi sesiapa yang terlepas untuk menonton pada hari tersebut, anda juga boleh menonton siaran ulangan pada setiap hari Sabtu, pukul 6.00 petang dan layari portal video nombor satu negara di www.tonton.com.my.
Related
Komen via FacebookKomen
No comments:
Post a Comment