Recent Post

Tuesday, October 11, 2016

Wujudkan pembiayaan pemulihan alam sekitar - Kosmo!


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Wujudkan pembiayaan pemulihan alam sekitar

11/10/2016 11:40am

Perbankan pemuliharaan merupakan salah satu kaedah pelaksanaan pembiayaan pemuliharaan alam sekitar. - Gambar hiasan

PUTRAJAYA - Pembiayaan untuk aktiviti pemuliharaan alam sekitar perlu diwujudkan secara mampan bagi menjamin sumber asli dan alam sekitar dapat terus memberikan sumbangan kepada kesejahteraan manusia.

Presiden Persatuan Ekonomi Alam Sekitar Malaysia, Prof. Dr. Awang Noor Abd. Ghani berkata, pembiayaan tersebut menerangkan amalan mendapatkan dan mengurus kewangan bagi menyokong pemuliharaan dan pengurusan sumber asli dan alam sekitar.

Katanya, terdapat beberapa pilihan dalam kaedah pelaksanaan pembiayaan pemuliharaan menerusi instrumen pasaran seperti perbankan pemuliharaan, bayaran perkhidmatan ekosistem, yuran pengguna, dan dasar percukaian.

"Di Malaysia, bayaran perkhidmatan ekosistem telah di kenal pasti sebagai salah satu instrumen yang akan dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Ke-11 untuk menjamin sumber asli dan alam sekitar terus memberikan sumbangan kepada kesejahteraan manusia.

"Ketika ini beberapa kawasan di Malaysia telah melaksanakannya seperti di Kilim Geoforest Park di Pulau Langkawi dan Pusat Hidupan Liar Semenggoh di Sarawak," katanya ketika berucap pada majlis Dialog Dasar Mengenai Pembiayaan Pemuliharaan di Hotel Everly di sini hari ini. - K! ONLINE




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *