Recent Post

Sunday, January 10, 2016

'Jangan Fikir Orang Berniaga Ini Kaya & Banyak Duit'


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Kita selalu fikir yang orang berniaga ini adalah kaya dan memiliki banyak wang. Padahal, dia sebenarnya mungkin kurang berada daripada si pembeli.  Dalam dompet pun hanya ada RM10 sahaja. Anak-anak di rumah perlukan susu dan makanan. Kereta pula kena tarik sebab dah tak bayar 3 bulan. Gas dan bahan dapur pula hanya menunggu masa nak habis.  Siapa tahu? Peritnya dia berniaga tiada siapa yang tahu melainkan Allah. Penat dah buat pemasaran di sana sini tetapi sangkut dan jualan pula masih kurang.  Kawan-kawan dan orang luar hanya nampak dia menjual ini ini dan macam-macam. Makanya dia kelihatan seperti memperolehi duit yang banyak.  Namun begitu, orang tidak tahu betapa dia bersusah payah untuk menyara hidup. Betapa dia resah dan gelisah memikirkan pendapatannya yang kurang. Betapa dia mungkin orang yang paling terdesak berbanding kita.  Dia mungkin orang yang paling kusut fikirkan bagaimana caranya untuk berusaha mendapatkan rezeki.  "Sis, tak ada free postage ke? Tak boleh kurangkan harga lagi ke?" Orang kita sangat dan teramat aktif meminta diskaun hatta produk itu sudah jelas sekali murah. Bila makan pizza, KFC atau yang sewaktu dengannya, tidak pula minta diskaun. Walhal dia bersusah payah untuk sara kos hidupnya dengan perniagaan itu.  Bagi orang yang berniaga, perasan tak kawan lama selalu berkata, "Wah! Dah kaya kan kau sekarang? Bila boleh belanja?" Elak anggap orang itu senang hanya kerana kita melihat luaran kasar yang berlaku. Dan elak sesekali kita meminta orang belanja. Sebaliknya kitalah yang tawarkan diri belanja orang. - Hajar Abdullah | Ditulis semula untuk siaran di THEHYPEMEDIA.COM




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *