Recent Post

Sunday, January 10, 2016

DATUK TERLAJAK LARIS 'NAIK ANGIN' BILA DILABEL 'ORANG KAYA BODOH'


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Baru-baru ini, menerusi laman Instagram Datuk Aliff Syukri Kamarzaman pemilik produk kecantikan dan kesihatan D'Herbs Terlajak Laris telah meluahkan rasa marah dan kecewa selepas dirinya digelar 'Orang Kaya Bodoh'.

Menerusi gambar yang dimuatnaik orang yang tak dikenali, pautan imej tersebut membuat pembezaan 'Sembilan Melayu Terkaya Di Malaysia' dengan Datuk Aliff Syukri serta pemilik produk kecantikan Qu Puteh, Dato Seri Vida.

Menurut Dato Aliff, perbandingan tersebut keterlaluan dan meminta dalang disebalik penyebaran imej tersebut supaya tampil ke hadapan.

"Kadang-kadang tak semua benda yang kita lakukan orang faham.. dan itu konsep program tv tak payahhh nak menghukum kami bodoh bag ai lahh.. kalau awak bijak sangat.. tampilkan diri!! Tak payah nak buat statement macam ni..," luahnya di IG.

Imej tersebut dipercayai mempunyai kaitan dengan sebuah program 'Terlajak Puteh Nampak' dikendalikan oleh Datuk Aznil Hj Nawawi yang mengisahkan kejayaan pemilik produk kecantikan dan kesihatan di Malaysia.

Rata-rata pengikut Datuk Aliff Syukri di Instagram mengutuk dan tidak bersetuju dengan imej tersebut serta mendoakan semoga beliau sentiasa dilindungi selain dimurahkan rezeki.

Sementara itu, Dato Seri Vida tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai perkara ini di media sosial miliknya.

         ________________________

FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS - INSTAGRAM - TWITTER

TwitterFacebookGoogle PlusRSS FeedEmail




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *