Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Agama Johor, Abdul Mutalip Abdul Rahim, tindakan itu suslan kebimbangan yang disuarakan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berhubung perpecahan yang timbul dalam kalangan umat Islam.
Menurutnya juga, kerajaan negeri tetap dengan pendirian melarang penceramah bebas berkenaan dari berceramah atau menyertai sebarang majlis keagamaan di negeri terbabit bagi mengelak berlaku sebarang kekeliruan atau mengeluarkan kenyataan yang tidak sesuai dengan Johor.
"Tuanku sebut Johor perlu jadi Johor dan mereka yang mempersoalkan hukum tahlil, bertahmid, tarikat dan sebagainya ini menimbulkan kekeliruan dan keraguan dalam kalangan umat Islam di negeri ini.
"Sebelum ini (zaman dahulu) tidak timbul soal hukum tahlil dan sebagainya, tetapi bila adanya mereka (penceramah) yang men geluarkan kenyataan ini, sehingga mewujudkan perpecahan dan perbalahan antara umat Islam itu sendiri," katanya sebagaimana lapor BH Online.
Selain itu, Abdul Mutalip juga berkata pihaknya masih memantau beberapa individu lain dan sama ada mereka dibenarkan untuk berceramah di negeri itu akan diputuskan dalam masa terdekat.
"Masing-masing ada Undang-undang Tubuh dan Enakmen sendiri, jadi apa yang diperkatakan itu amalkan sahaja di negeri mereka dan tidak perlu membawa kekeliruan itu di Johor.
"Berceramah bukan satu medan untuk mencari makan dan tidak keberatan saya katakan mereka ini hanya mencari makan kerana dahulu tidak pernah timbul isu seperti ini," katanya.
Dokumen larangan tersebut tersebar melalui aplikasi WhatsApp sehingga ada penceramah yang tersenarai sudah mengeluarkan kenyataan.
Antara nama yang tersenarai di dalam dokumen itu adalah Mufti Perlis, Dr Asri Zainal Abidin dan Fathul Bari serta 14 individu lain. - Siakapkeli.my
No comments:
Post a Comment