Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membuat laporan polis terhadap Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang Prof Dr P Ramasamy berhubung kenyataan dalam Facebooknya terhadap tokoh pendakwah, Dr Zakir Naik.
Kesemua lapan laporan polis oleh PERKASA Permatang Pauh, Batu Kawan dan Bukit Mertajam serta Persatuan Anak Melayu Permatang Pauh dan Persatuan Kebajikan Parong Sari Pulau Pinang itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah, dekat Butterworth semalam.
Selepas membuat laporan tersebut, Pengerusi PERKASA Parlimen Permatang Pauh Mohamed Hifni Mohd Baharuddin berkata mereka meminta pihak berkuasa menyiasat kenyataan itu yang didakwanya boleh menggugat kesejahteraan rakyat berbilang bangsa dan agama di negara ini.
Dengan membuat laporan polis itu, beliau berharap polis akan menjalankan siasatan terperinci ke atas Ramasamy yang didakwanya memfitnah tokoh ilmuan Islam yang disegani itu dengan gelaran yang tidak sepatutnya," katanya ketika ditemui selepas membuat laporan polis itu.
- Bernama
No comments:
Post a Comment