Recent Post

Tuesday, April 19, 2016

Lembaga disiplin peguam bersihkan Cecil Abraham


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Lembaga Tatatertib Peguambela dan Peguamcara telah membersihkan peguam kanan Tan Sri Cecil Abraham daripada sebarang salah laku berhubung dakwaan dia terlibat dalam merangka akuan bersumpah (SD) kedua, P Balasubramaniam lapan tahun lalu.

Difahamkan keputusan itu dihantar dua minggu lalu.

Ini telah disahkan oleh peguam Gene Anand Vendargon kepada Malaysiakini. Gene, bersama dengan Bastian Vendargon, menjalankan prosiding bagi Majlis Peguam.

Pada 22 Februari lalu, dilaporkan bahawa jawatankuasa yang dipengerusikan oleh peguam KY Foo masih belum mengemukakan laporan kepada lembaga tersebut walaupun prosiding telah berakhir pada bulan Disember 2014.

Seramai 15 saksi memberi keterangan semasa prosiding tatatertib itu

Peniaga permaidani Deepak Jaikishan tidak memberi keterangan.

Deepak tidak memberi keterangan dengan mengelakkan daripada diserahkan sepina, satu sumber memberitahu Malaysiakini pada 22 Februari.

Deepak, dalam temubual dengan lidah rasmi PAS Harakah, serta dengan Malaysiakini, mengakui peranannya dalam mendapatkan SD pertama Balasubramaniam ditarik balik, dan mengatakan bahawa dia menyesal.

Pengadu dalam perkara itu adalah Peguam Malaysia.

Presiden Majlis Peguam ketika itu, Christopher Leong telah membuat aduan rasmi selepas 14 peguam, yang diketuai oleh Wan Hidayati Nadirah Wan Ahmad Nasir, mengemukakan usul pada mesyuarat agung tahunan (AGM) Badan Peguam Malaysia pada Mac 2013, menggesa sebuah jawatankuasa bebas ditubuhkan untuk menyiasat berubung SD kedua Balasubramaniam.

Bagaimanapun, peguam Americk Sidhu, yang membantu merangka SD pertama penyiasat persendirian itu, telah, semasa AGM itu, mendedahkan bahawa Cecil telah mengaku kepadanya bahawa dia telah diarahkan oleh Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Abdul Razak untuk merangka SD kedua.

Dalam SD pertama yang dibuat pada Julai 2008, Balasubramaniam mendakwa Najib mengenali warga Mongolia Altantuya Shaariibuu, yang telah dibunuh pada tahun 2006. Penyiasat persendirian itu menarik balik dakwaan itu, dalam SD kedua, dan selepas itu dia dan keluarganya hidup dalam buangan.

Berikutan itu, balu Balasubramaniam - A Santamil Selvi dan tiga anaknya - telah memfailkan saman terhadap Najib, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dan adik Najib - Nazim dan Johari; Cecil; Deepak; dan tiga yang lain, kerana didakwa berkonspirasi yang membawa kepada keluarga tersebut dipaksa hidup dalam buangan di India selama hampir lima tahun.

[Baca berita penuh]




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *