Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
PENGUNJUNG Pantai Baru Penarik, Merang pada petang Ahad terkejut apabila mendapati terdapat mayat manusia dipercayai lelaki yang sudah tinggal rangka, terdampar di belakang sebuah resort, di situ.
Mayat ditemui sekitar jam 5.20 petang sebelum pihak polis dimaklumkan tentangnya.
Berdasarkan info dari Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Setiu, mayat yang ditemui kira-kira 100 meter dari resort berkenaan dipercayai sudah lebih dari dua bulan dengan ketinggian dianggarkan 5.5 inci (162.5 sentimeter).
Sehubungan itu mayat berkenaan dihantar ke Unit Forensik Hospital Setiu untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut sebelum laporan autopsi diterima.
Gambar mayat berkenaan kini viral di media sosial selepas ianya dikongsikan saksi.
Pemeriksaan Mynewshub mendapati, salinan kad pengenalan seorang lelaki turut disebarkan laman Facebook tertentu bersama gambar mayat sedangkan menurut kenyataan pihak polis, tiada pengenalan diri ditemui pada rangka berkenaan.
Berita berkaitan:Remaja 16 tahun hadapi 2 tuduhan rogol
Suami isteri jual air ketum diberkas di Besut
Komencomments
No comments:
Post a Comment