Recent Post

Monday, June 27, 2016

Pakai apa untuk raya? Corak ringkas, warna pastel


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Busana tradisional bercorak ringkas dengan tona pastel (warna lembut) dilihat menjadi trend dan pilihan kepada wanita untuk digayakan pada lebaran tahun ini.

Tinjauan Bernama mendapati, rata-rata busana yang dipasarkan oleh pereka fesyen tanah air sempena hari raya ini menampilkan pakaian tradisional seperti baju kurung, baju kurung Kedah atau kebaya dengan suntikan elemen moden dan kontemporari.

Bagi Pensyarah Kanan Jabatan Fesyen Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka Universiti Teknologi Mara, Faizal Hamid, sejak tiga tahun lepas, rekaan busana untuk Hari Raya sudah lebih terbuka dengan pelbagai corak, fabrik dan warna lembut ditawarkan butik fesyen di seluruh negara.

Namun menurutnya, dengan lambakan rekaan di pasaran sekarang, si pemakai perlu bijak memilih memperagakan busana tradisional yang mempunyai ciri kesopanan, ketimuran dan sesuai mengikut sosiobudaya masyarakat.

"Fesyen terkini di pasaran biasanya banyak variasi daripada campuran tradisional dan moden di mana si pemakai tidak harus keliru dengan kehadiran kepelbagaian fesyen tersebut.

"Malah, pelanggan haruslah mengikut cita rasa dan bajet sendiri supaya membeli busana yang bersesuaian dengan penampilan mereka," katanya kepada Bernama.

Katanya, walaupun industri fesyen semakin menyinar namun pemilihan rekaan klasik masih malar segar dengan suntikan elemen terkini.

"Sentuhan busana tersebut diserikan dengan sedikit aksesori seperti manik, renda mahupun dihiasi corak batik sebagai aksesori, ia cukup memberikan variasi kepada pelanggan untuk memilih dan membeli," kata Faizal.

Kehadiran ramai bakat muda yang kreatif dan sentiasa mengikuti perkembangan fesyen semasa termasuk fesyen Muslimah juga dilihat menghasilkan rekaan terkini tampak segar.

Menyedari hakikat itu, pemilik Taufik Idros Creation Mohd Taufik Mohd Idros, 30, berkata kebanyakan rekaannya adalah ilham daripada pelanggannya sendiri.Katanya, ia bagi membolehkan pelanggan berkongsi idea walaupun memilih untuk mengekalkan rekaan busana tradisional sebagai pilihan utama.

"Ia susah untuk ditafsirkan. Ini kerana, kebanyakan pelanggan saya suka dengan pemilihan dua atau tiga tona warna dan mereka seakan play safe (berhati-hati) tanpa meletakkan rekaan yang terlalu gah," katanya yang hanya menyediakan rekaan 'custom-made' (ditempah khas) sahaja.

Menurutnya lagi, pemilihan fabrik juga memainkan peranan mengikut keadaan cuaca tidak menentu di negara ini.

Mereka (pelanggan) memilih fabrik seperti satin kerana ia sejuk dan sesuai dengan cuaca sekarang yang dihiaskan dengan jahitan manik atau renda, katanya.

Sempena lebaran ini, Radiusite turut menawarkan koleksi kurung dan kurung moden yang diserikan dengan aksesori bunga di bahagian tengah baju mengetengahkan fabrik 'polycrepe' yang diimport dari China dan Vietnam.

Pengurus Sumber Manusia Radiusite Hafsah Shaari berkata pelanggan mereka lebih berminat dengan corak polos serta kombinasi warna lembut yang terkini.

"Antara warna yang menjadi pilihan adalah seperti pastel, hijau zamrud dan biru gelap," katanya dan menambah butik itu menawarkan harga mampu milik bermula RM200 hingga RM250 sepasang.

Begitu juga dengan koleksi tudung yang variasi seperti Kekhya Shawl, Dija Shawl, Wilma Instant Shawl dan Freyrosa Halfmoon Shawl yang menggunakan fabrik amozin chiffon.

- Bernama




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *