Recent Post

Monday, June 27, 2016

Britain didesak segera keluar EU - Utusan Malaysia


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

LONDON 26 Jun - Negara-negara kuasa besar Eropah menggesa supaya Britain segera dikeluarkan daripada Kesatuan Eropah (EU), ketika kesan pungutan suara itu mencetuskan perpecahan kepada Britain dan blok tersebut.

Pemimpin-pemimpin Eropah, kebanyakannya negara anggota asal EU mahu Britain tidak mele­ngah-lengahkan tindakan mereka keluar daripada EU, di tengah-te­ngah kebimbangan kesan domino pungutan suara di Britain diikuti negara anggota lain yang akan menjejaskan integriti blok tersebut.

"Kami bersama-sama menyatakan bahawa proses ini mesti bermula secepat mungkin supaya kami tidak berada di dalam tempoh tidak menentu yang lama," kata Menteri Luar Jerman, Frank-Walter Steinmeier selepas menghadiri mesyuarat di Berlin.

Menteri-menteri anggota enam negara asal EU iaitu Jerman, Pe­rancis, Itali, Belanda, Belgium dan Luxembourg mengadakan mesyua­rat tergempar bagi melihat kesan pembelotan pertama dalam sejarah 60 tahun penubuhan blok itu.

Keputusan pungutan suara di Britain, kelmarin bukan sahaja menyaksikan Perdana Menteri Britain, David Cameron mengumumkan peletakan jawatan, malah ia mengakibatkan penduduknya mula berpecah dan satu petisyen dikeluarkan yang ditandatangani lebih dua juta orang menuntut pungutan suara itu diadakan semula.

Malah, terdapat sokongan supaya kemerdekaan Scotland daripada United Kingdom dipercepatkan ketika Cameron mengesahkan akan kekal sebagai Perdana Menteri sehingga beliau menemukan penggantinya dalam kalangan partinya sendiri, Parti Konservatif.

Parti Konservatif mengekalkan penguasaannya sehingga Oktober ini ketika Perdana Menteri baharu akan membincangkan langkah Britain keluar daripada EU.

Menteri Luar Perancis, Jean-Marc Ayrault pada masa sama menggesa Cameron segera melantik Perdana Menteri baharu.

Canselor Jerman, Angela Merkel sementara itu berkata, rundingan Britain untuk keluar daripada blok berkenaan tidak seharusnya berlarutan dan sebelum perkara tersebut dimuktamadkan, Britain kekal sebagai anggota EU.

"Tidak ada sebab untuk marah dalam rundingan ini, kita juga perlu mengikut peraturan per­mainan," kata Merkel. – AFP




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *