Recent Post

Thursday, September 17, 2015

Thailand hantar satu lagi pasukan ke KL


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Polis Thailand akan menghantar sebuah lagi pasukan ke Kuala Lumpur hari ini bagi mengumpul lebih banyak maklumat mengenai tiga suspek yang ditahan oleh polis Malaysia berhubung insiden serangan bom yangmengorbankan 20 orang di luar Kuil Erawan di Bangkok 17 Ogos lepas.

"Dalam lawatan kedua ini, kami akan menghantar pegawai-pegawai yang biasa dengan protokol Malaysia. Pasukan ini mungkin boleh menyoal siasat tiga orang itu," kata Timbalan Ketua Polis Thailand, Jeneral Chaktip Chaijinda dalam sidang media sebaik pulang dari Kuala Lumpur semalam.

"Saya tidak pasti jika kita dapat bercakap dengan mereka (tiga orang)... secara prinsip mereka (polis Malaysia) membenarkan kita menyoal siasat suspek tetapi kita perlu lihat," katanya.

Katanya beliau memperoleh maklumat yang berguna semasa lawatan bersama pasukannya ke Kuala Lumpur kelmarin, sambil menambah polis Malaysia memberikerjasama yang amat baik.

Chaktip berkata semasa lawatan itu, mereka menemui Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun selepas Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berada di luar negara.

Katanya selain tiga individu yang ditahan itu, mereka turut membincangkan laluan haram yang digunakan oleh sindiket pemerdagangan manusia dan isu-isu lain demi kepentingan bersama.

Isnin lepas, Khalid mengumumkan dua rakyat Malaysia termasuk seorang wanita dan seorang lagi rakyat Pakistan ditahan selepas mereka disyaki terbabit dalam serangan bom di Bangkok.

- Bernama




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *