Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
29/07/2016 11:28am
Khairul ketika berjaya menamatkan perlumbaan tadi.
KUCHING - Mohd. Khairul Hafiz Jantan memecahkan rekod sendiri, 21.14 saat bagi acara pecut 200 meter yang dicetak tengah hari semalam ketika meraih pingat emas pada aksi final menerusi catatan 21.03s sebentar tadi.
Bagaimanapun catatannya itu tidak dapat memecahkan rekod kebangsaan yang dicipta oleh Tan Sri Dr M Jegathesan, 20.92s yang dirakamkan pada temasya Sukan Olimpik Mexico pada 1968.
Rekod baharu ini sekali gus menyaksikan Khairul yang mewakili Melaka berjaya memecahkan rekod sendiri bagi temasya Sukan Malaysia (Sukma) 2016 tersebut dalam tempoh kurang 24 jam ketika menewaskan Muhammad Aqil Yasmin (Selangor) serta Jonathan Nyepa (Sarawak) di Stadium Sarawak.
Aksi final 200m pada pukul 9.57 pagi tadi turut menyaksikan Muhammad Aqil mencetak 21.31s untuk meraih pingat perak, manakala Jonathan mencatat 21.34s (gangsa).
Semalam, Khairul berjaya memecahkan rekod Sukma, 21.33s yang sebelum ini dicetak bekas jaguh pecut Terengganu, Nazmizan Muhammad yang dilakukan pada temasya edisi 2002 di Sabah.
Rabu lalu, Khairul meraih gelaran raja pecut Malaysia selepas mencetak rekod baharu kebangsaan, 10.18s yang memadam catatan 10.30s dilakukan Watson Nyambek pada 1998. - K! ONLINE
No comments:
Post a Comment