Recent Post
Showing posts with label Keselamatan. Show all posts
Showing posts with label Keselamatan. Show all posts

Thursday, August 13, 2015

Ancaman Anonymous Malaysia Bukan Dari Malaysia!! Khalid

SUBANG JAYA: Bukit Aman mengesahkan bahawa ancaman perang siber yang dilakukan oleh Anonymous Malaysia adalah dari luar negara.

Menurut, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, walau bagaimanapun adalah agak sukar untuk mengenalpasti identiti mereka.

Bercakap kepada wartawan pada hari Khamis, serangan siber berasal dari mana-mana arah di dunia ini, " Kami tahu, walau apa pun pengumuman yang dibuat, mereka (Anonymous Malaysia) bukanlah berasal dari Malaysia. Sama ada mereka adalah warga asing, hal ini belum dikenalpasti lagi", ujar Khalid.

Khalid berkata, setiap negara mempunyai undang-undang Internet yang berbeza. "Ini membuatkan agak susah untuk kami siasat. Walau apa pun. Kami tidak mengambil mudah dalam hal ini".

Tambah Khalid lagi, agensi kerajaan sedang bersiap sedia, tambahan polis juga akan mengambil langkah berjaga-jaga untuk memastikan laman web dan platform media sosial mereka tidak jatuh ke tangan penggodam.

Sebelum ini, Anonymous Malaysia telah memuatnaik sebuah video berdurasi 8 saat di laman Facebook mereka pada 4 Ogos 2015, meminta Perdana Menteri untuk meletakkan jawatan berkenaan beberapa isu. Sila baca di sini.
Read more ...

Sunday, August 09, 2015

'Tahniah Buat Golongan Anti Vaksin!' - Doktor Ainul



Dear anti-vaccine people, this is the outcome of your campaigns. Ini yang berlaku apabila parent menolak vaksin yang sepatutnya boleh mengelakkan penyakit ini. Ini measles. Penyakit yang dulunya berjaya dinyahkan dengan bantuan vaksin. Sekarang dah makin merebak sebab ada yang menolak vaksin.

CONGRATULATIONS! I bet the anti-vaccine group had achieved their main target by ruining the children all over the world. Shame on you.

Oh ya, untuk pengetahuan, pesakit ini dah keluar hospital. Maksudnya, dia kini berada di luar isolasi yang mana jauh dari kawalan kami. Maksudnya, akan ada ramai lagi yang dijangkiti di luar sana bila dia keluar nanti.

Siapa yang pernah bersama bayi ini, siapa yang berada di sekitar kawasan yang pernah bayi ini berada tidak kisahlah satu bilik, satu bas, satu taman perumahan, satu shopping kompleks, satu hospital, semua berisiko bakal dijangkiti kalau tidak mempunyai imunisasi atau lemah pertahanan diri.

Yang ada ada vaksinasi penyakit ini, inshaAllah selamat. Good Job!. So please be careful, Beware, hati-hati. You might be the next one infected here or maybe your precious unvaccinated children is the one who is going to suffer for the consequences. Good luck.  Doktor Ainul Arina
Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *