Recent Post

Thursday, August 13, 2015

Puting kosong dodoi bayi tidur


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

nursaliawati@mediaprima.com.my
Alor Gajah: "Mungkin dia faham keadaan kami yang kesempitan wang kerana walaupun diberikan puting kosong, dia terus diam dan tidur," kata Nurisah Iesah, 27, ibu kepada bayi jantung berlubang, Nur Insyirah Ardini Wan Md Azizi, tujuh bulan.

Doktor yang merawat Nur Insyirah Ardini turut mengesahkan anak bongsu daripada empat beradik itu mempunyai beberapa lagi masalah kesihatan lain iaitu kesukaran menelan makanan, kepala membesar dan saluran pernafasan sempit, selain mempunyai dua saluran dubur menjadikan bayi tujuh bulan itu sebagai orang kurang upaya.

Nurisah berkata, paling menyedihkan apabila dia terpaksa menyusukan bayinya menggunakan tiub khas kerana Nur Insyirah Ardini akan tersedak jika diberi minum menggunakan botol seperti bayi normal lain.

"Jika diberikan susu menggunakan botol, Nur Insyirah Ardini kerap tersedak menyebabkan air susu keluar semula melalui mulut serta hidung dan saya terpaksa menggunakan tiub khas dibekalkan pihak hospital.

"Saya akan berikan susu menggunakan tiub kepada Nur Insyirah Ardini setiap tiga jam sekali, tetapi kerana kesempitan wang, saya hanya mampu memberikan puting kosong sebelum mendodoi anak supaya tidur," katanya di rumahnya di Taman Sri Siantan, Durian Tunggal, di sini, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.



Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *