Recent Post
Showing posts with label Umno. Show all posts
Showing posts with label Umno. Show all posts

Sunday, September 20, 2015

ADIK IPAR DITAHAN - ERMA FATIMA TURUT RASA TERKESAN


Semua sedia maklum bahawa suami kepada Datin Paduka Umie Aida iaitu Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan telah ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 124C Kanun Keseksaan iaitu cubaan untuk melakukan aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen.

Suami Umie Aida yang juga merupakan mantan Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan ditahan oleh sepasukan polis yang datang ke rumah mereka malam kelmarin.

Berita itu disahkan sendiri oleh Umie menerusi kapsyen dan sekeping foto yang menampakan suaminya sedang tersenyum di kawasan rumahnya ketika ditahan.
Klik gambar untuk size besar


Sementara itu, kakaknya Erma Fatima seolah-olah juga turut terkesan dengan apa yang berlaku ke atas suami adiknya itu.

Erma menerusi akaun Instagram miliknya juga memuat naik foto adik iparnya iaitu gambar yang sama yang dimuat naik Umie dengan kapsyen berikut:

"Senyumlah... kerana tiada kuasa yang lebih berkuasa dari mu Ya Allah"
Apakah maksud disebalik kata-kata Erma Fatima itu? Hanya mereka sahaja tahu dan memahami apa yang berlaku.

Sumber: myartisdotcom
Read more ...

Saturday, August 15, 2015

Anggota akar umbi UMNO perlu berani suarakan pendapat - Khairy

LUMUT: Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin berkata anggota parti di peringkat akar umbi perlu berani menyuarakan apa jua pendapat kepada pemimpin untuk memastikan UMNO terus mendapat sokongan rakyat pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Beliau berkata langkah itu penting untuk mengembalikan keyakinan rakyat kepada UMNO terutama di saat senario politik negara dan keadaan parti yang begitu mencabar.

"Jangan takut untuk menggunakan pentas mesyuarat perwakilan untuk menyatakan apa sahaja. Bukan untuk menyalahkan siapa-siapa, bukan kerana tidak sokong institusi parti tetapi kerana kita perlu bercakap benar.

"Kita perlu sampaikan suara rakyat terhadap parti dan juga kepada pemimpin kita. Kalau kita bisu dan tutup mulut, kalau kita buat seperti tidak ada masalah di luar sana, maka kita berkhayal di dalam dunia kita sendiri," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan serentak mesyuarat perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Lumut di sini m alam tadi. Turut hadir Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata anggota parti perlu peka dengan kehendak rakyat yang mahu UMNO memahami kebimbangan dan kesusahan yang terpaksa mereka hadapi bagi meningkatkan lagi keyakinan mereka terhadap parti.

"UMNO perlu menang dalam PRU kerana sokongan padu rakyat dan kekuatan parti, bukan hanya sekadar menang di atas kelemahan pembangkang ... bukan hanya kerana kelemahan dan keburukan musuh, tetapi kerana kekuatan parti kita sendiri.

"Kalau kita bergantung harap kepada kelemahan musuh, maka ia tidaklah kemenangan sebenar. Kemenangan sebenar datang apabila parti kita kuat dan rakyat melihat kita lebih kuat," katanya. Khairy berkata kewujudan media sosial turut memberikan cabaran kepada anggota parti untuk lebih peka.

"Zaman ini lebih mencabar bagi UMNO kerana masyarakat khususnya orang muda, menerima maklumat daripada pelbagai sudut termasuk Facebook dan WhatsApp yang tidak dapat dikawal," katanya.
Read more ...

Sunday, August 09, 2015

UMNO Pasir Gudang harap kemelut diselesaikan dengan telus

PASIR GUDANG: UMNO Pasir Gudang mengambil pendirian bahawa ruang dan masa mesti diberikan kepada pucuk pimpinan parti untuk merungkai segala kemelut yang melanda parti.

Antara isu tersebut adalah kemelut berkaitan syarikat pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Felda, GST, kejatuhan ringgit, kos sara hidup dan rombakan Kabinet.

Perkara tersebut disampaikan oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor merangkap Menteri Besar Johor, Datuk Seri Khaled Nordin dalam ucapannya sempena majlis Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pasir Gudang hari ini.

"Kami menyatakan sokongan sebulat suara kepada Datuk Seri Presiden agar semua kemelut ini boleh diselesaikan dengan telus.

"Kami alu-alukan dan menghargai janji Datuk Seri Presiden untuk menyelesaikan hutang berkaitan 1MDB dalam masa enam bulan. Kami percaya ia akan tercapai," ujar beliau.

Majlis tersebut menyaksikan kehadiran kali pertama Presiden UMNO Datuk Seri Najib Razak untuk merasmikannya.

Khaled turut menyentuh soal mengambil kepentingan suara akar umbi, tumpuan kepada agenda bangsa, perjuangan Melayu dan perpaduan.

"Kami mengharapkan jalan pencerahan. Selamatkanlah UMNO dengan mengajak kepasa kesatuan dan muafakat bersama.

"Lebih-lebih lagi di Johor. Ia (UMNO) lahir, dibentuk, diasuh dan didewasakan di sini. Kami tidak akan sekali-kali membenarkan ia dikebumikan di sini," tegas Khaled lantas disambut tepukan dan sorakan para perwakilan.
Read more ...

Saturday, August 01, 2015

Puteri yakin isu Muhyiddin tidak jejaskan perpaduan UMNO

MUAR: Puteri UMNO yakin isu pengguguran Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai timbalan perdana menteri pada Selasa lalu tidak akan menggugat dan menjejaskan perpaduan parti terutama di Johor.
Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata beliau yakin semua peringkat akar umbi dalam UMNO cukup matang dalam memikirkan segala tindakan mereka.
"Apa pun dalam parti kita masih bertuah mempunyai seorang timbalan presiden (UMNO) yang begitu kuat cintanya pada bangsa dan parti dan sebab itu saya minta tiada mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan lain.
"Tan Sri Muhyiddin banyak memberikan sokongan kepada Puteri yang pernah menyatakan Puteri adalah harapan penting dalam parti dan kami merakamkan ucapan terima kasih itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Bakri di sini, malam tadi.
Mas Ermieyati juga menafikan kononnya ada ketua Puteri bahagian di negeri ini yang telah melepaskan jawatan be rhubung isu yang melanda kepimpinan negara ketika ini.
"Tidak benar laporan yang telah menjadi viral itu dan saya menasihati semua pihak agar tidak terpengaruh dengan laporan yang hanya untuk merosakkan perpaduan parti," katanya.
Beliau yang juga Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan mahukan anggota pergerakan itu sama-sama membantu untuk memulihkan kepercayaan akar umbi terhadap parti.
"Paling penting kesatuan perpaduan dan mempercayai kepada kepimpinan parti dan negara dan Puteri mempunyai peranannya untuk membantu parti ke arah itu," katanya.
Mas Ermieyati juga mahukan anggota pergerakan itu mendapatkan sumber yang betul daripada laman sosial dan tidak bertindak terburu-buru hanya kerana percayakan berita yang tidak benar.
"Saya juga mahukan Puteri lipat gandakan usaha mencari seramai mungkin pengundi baharu dalam daftar pemilih dan Puteri perlu menjadi satu pergerakan yang luar biasa hebatnya," katanya.
Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *