Recent Post

Friday, July 31, 2015

movie madagascar 2 adalah cerita tentang mh 370


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

1. Sebahagian sayap kapal MH370 dijumpai di pulau Reunion baru-baru ini. Itu fakta yang semua orang tahu.

2. Malaysia sudah menghantar pakar kita ke sana untuk mengesahkan bahawa kapal itu milik kita atau tidak.

3. Bagi pakar- pakar penerbangan, adalah logik untuk kapal terbang MH370 untuk terdampar ke situ, mengikut bacaan arus ombak Lautan Hindi.

5. Ilmu di atas adalah ilmu orang awam. Ilmu yang dicerita pada berita jam 8. Ilmu yang dibenarkan tersebar pada orang awam kerana sebab tertentu.

6. Sejak penjajahan British ke seluruh Asia 400 tahun lepas , segala tindak tanduk British , Amerika (British baru) bukanlah dirancang secara berbasa-basi, cincai bocai. Setiap gerak- geri politik , ekonomi , dan ketenteraan mereka dirancang rapi.

7. Sejak datang Utusan Tuhan yang Terakhir 1400 tahun lepas, kita diajar untuk mempercayai  akan kehadiran seorang lelaki , yang akan mengusai dunia, yang akan menjajah bumi ini , beberapa detik sebelum kiamat. Dajal nam anya.

8. Pengkaji-pengkaji berita akhir zaman bersepakat , dialah yang mengawal dunia sekarang dengan cara New World Order , kepada sesiapa yang masih kurang faham dengan "logik" dunia akhir zaman boleh tonton video Video The Arrivals Ber subtitile Melayu di SINI .  Tengok lepas habis baca post ini.

9. Peristiwa-peristiwa besar di dunia seperti 9/11 dan lain- lain "mereka" akan paparkan dan tayang kepada masyarakat dunia lama sebelum peristiwa itu terjadi. Lihat gambar di bawah.

11. Kenapa Dajal dan bala tenteranya suka menayangkan plan mereka dulu sebelum peristiwa itu terjadi? Ini supaya apabila Dajal akan mengaku dirinya Tuhan nanti, dia senang nak mengaku bahawa dia tahu segala-galanya di langit dan di bumi, seperti Tuhan.

12. Orang yang lemah imannya mestilah akan tertipu dan beriman kepada Dajjal.

13. Berbalik kepada topik asal. MH370. Cara yang sama telah digunakan dalam peristiwa ini. Kali ini mereka menggunakan movie Madagascar 2.

14. C erita ini ditayang pada tahun 2008 , tetapi meramalkan peristiwa pada tahun 2014. Baca betul-betul apa kami tulis selepas ini.

15. Dari segi lokasi , pulau Reunion tempat dijumpainya serpihan sayap MH370 terletak betul-betul di sebelah Madagascar. Adakah ini kebetulan?

16.  Mengikut bacaan arus ombak , kami meramalkan kerajaan akan menjumpai bangkai besar pesawat di dalam pulau Madagascar itu sendiri. Seperti yang ditunjuk di dalam movie ini. Tunggu 2 3 bulan lagi kalau tak percaya.

17. Dalam teori konspirasi paling kukuh, dan diakui oleh Tun M sendiri, MH370 dirampas oleh CIA menuju ke New York . Baca MH370: Dr. Mahathir Dakwa CIA Rampas Pesawat! untuk maklumat lanjut. Tun Mahathir tidak akan cakap melainkan dia tahu sesuatu. Ketahuilah bahawa Tun M adalah orang yang paling dibenci oleh Yahudi dan Amerika kerana pendirian beliau yang tegas melawan penjajahan Palestin.

18. Lihat apa yang tertulis pada depan kapal terbang ini. NY or Bust. Maknanya New York at au TERHEMPAS. Dalam movie ini kapal terbang ini memang menuju ke New York tetapi terhempas di tengah jalan. Adakah ini masih kebetulan?

19. Dalam movie ini,sayap kiri kapal terbang itu telah rosak dan diganti dengan kayu. Serpihan yang dijumpa semalam adalah serpihan dari sayap. Mungkinkah sayap itu hilang kerana badan kapal terbang dijumpai di Madagascar (seperti kita lihat dalam movie), tetapi sayapnya tiada dalam movie kerana ia tidak ada di pulau Madagascar , tetapi di Pulau Reunion

20. Dalam dunia kawalan Dajjal , New World Order ini tiada istilah kebetulan. Anda salah jika anda berfikir sebegitu. Pihak kami sedang memerhati episod baru drama ini dengan penuh teliti. Nantikan artikel kami part kedua dalam masa terdekat. kami akan bongkar kesemuanya dalam masa terdekat.

21.Server web ini mengalami kesesakan yang luar biasa. Ada dua kemungkinan di sini. Satu, memang ramai orang yang berkunjung di sini. Dua , ada tangan-tangan gelap yang tak senang hati dengan pendedah an berani ini. Kami akan berusaha sebaik mungkin untuk kekalkan server web ini terbuka.Kalau anda percaya dengan tulisan ini, lakukan bahagian tanggungjawab anda dengan berkongsi artikel ini kepada kenalan-kenalan anda.

22. Sehingga bertemu di bahagian kedua. Salam Panji Hitam Dari Timur.




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *