Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
PELAKON, Aaron Aziz. - Foto Nur Adibah Ahmad Izam
KUALA LUMPUR: Pernah bergandingan dengan Nora Danish sebelum ini dalam supertelefilem Cikgu Timah Sekolah Bandar, mereka sekali lagi disatukan dalam filem Sayu Yang Syukur (SYS) terbitan Nusan Bakti Corporation Sdn Bhd.
Filem SYS turut menjadi percubaan kedua Aaron yang dua kali pernah memenangi gelaran Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH 2011 dan 2013, di kerusi pengarah. Filem berkenaan juga sudah selesai penggambaran. Sebagai pengarah untuk filem itu, Aaron juga mempunyai 'kuasa' membuat pilihan pelakon mana yang dirasakan sesuai termasuklah memilih Nora Danish sebagai teraju utama filem berkenaan.
Malah sepanjang penggambaran, Nora juga membuatkan Aaron selesa memikul tugasnya sebagai pengarah dan pelakon pada masa yang sama. "Nora juga diakui mempunyai populariti yang hebat. Dia juga sangat kebal di laman sosial. Lihat saja pengikutnya di laman Instagram. Dia sangat sporting dan bersedia menerima teguran. Dia tidak memberi saya halangan untuk membetulkan dalam aspek lakonan dan sekali gus ke arah mencapai apa yang saya inginkan dalam filem ini. "Sebagai pengarah, saya lihat gandingan kami (dengan Nora) sebagai sesuatu yang segar.
Sudah tentu mana-mana produksi mengharapkan gandingan yang dipilih akan disukai penonton. Ia antara satu perkara penting yang sering difikirkan pengarah apabila menghasilkan sesebuah cerita. Saya yakin dan optimis, gandingan segar ini akan diterima. "Dia juga seorang pelakon yang sangat profesional. Dia membuatkan saya selesa untuk menjalankan tugas sebagai pelakon dan pengarah pada masa yang sama," kata suami kepada Diyana Halik itu yang pernah mengarahkan filem Romeo Kota ditayangkan beberapa bulan lalu. Dalam perkembangan lain, Aaron sepatutnya terbang ke Hong Kong pada 29 Jun lalu dan dijangka kembali ke tanah air dua hari sebelum Syawal menjelma untuk membintangi filem di sana. Tetapi atas beberapa sebab, pihak produksi menukar tarikh lain.
Nora Danish - rentakartis.com
"Sebelum ini saya pernah berlakon pegang watak penjahat untuk sebuah filem dari Hong Kong berjudul Special Female Force, tetapi sekadar memegang peranan kecil dan melakonkan beberapa babak saja. Ketika itu saya menjalani penggambaran dua hari di Hong Kong dan seminggu di Malaysia. Alhamdulillah menerusi kenalan dan rangkaian yang sama dari filem itu, saya ditawarkan berlakon kali ini pula.
"Kali ini, ada sebuah produksi di Hong Kong yang menawarkan saya watak pelakon pembantu pula. Inilah peluang saya untuk mengetengahkan bakat lakonan ke peringkat antarabangsa. Cuma penggambaran berlangsung di bulan Ramadan. Ia cerita aksi dan judulnya dalam bahasa Cina. Permintaan saya untuk menjalani penggambaran selepas raya juga diperkenankan pihak mereka," katanya.
Dalam filem SYS, Aaron memegang watak sebagai Que Daim manakala Nora pula memikul tanggungjawab untuk peranan Nurliana. Atas satu peristiwa mereka bertemu dan Que Daim sebenarnya mahu memohon maaf atas apa yang dilakukannya terhadap Nurliana. Que Daim digambarkan sebagai lelaki kaya yang boleh memperoleh apa sahaja yang diingini.
Tanpa disedari, Que Daim memendam perasaan cinta terhadap Nurliana. Namun Nurliana bukan gadis lain yang senang untuk dia dapat sekelip mata. Cintanya ditolak dan sungguh tragik. Malahan pada masa yang sama, Nurliana juga banyak bermain dengan emosi kerana dalam dilema berdepan dengan kemelut kehidupan serta memilih dua lelaki yang hadir.
Filem ini mengambil lokasi di sekitar Jelebu, Kuala Selangor, Hulu Langat dan Kuala Lumpur. Mengikut Aaron, filem arahannya itu menyerlahkan kelainan tersendiri. Kebimbangan tetap berlegar di fikiran Aaron kerana menggunakan formula dan konsep lain sekali gus menanti debaran bagaimana penerimaan penonton yang selama ini lebih disajikan dengan genre serta formula yang sama.
Sumber
Nora Danish buat saya selesa

No comments:
Post a Comment