Recent Post

Monday, August 24, 2015

ASEAN: Penyusutan mata wang, harga minyak tidak halang pelaburan EU


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

PENGARAH Eksekutif Majlis Perniagaan EU-ASEAN, Chris Humphrey. - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Penyusutan nilai beberapa mata wang serantau tidak menghalang perniagaan Eropah untuk melabur di ASEAN, kata perwakilan dari Kesatuan Eropah (EU).

Sebaliknya, Pengarah Eksekutif Majlis Perniagaan EU-ASEAN, Chris Humphrey, berkata dagangan antara kedua-dua rantau itu tidak menunjukkan sebarang kemerosotan, dengan perniagaan Eropah terus berminat melabur di rantau ini.

EU adalah sumber pelaburan langsung asing (FDI) terbesar di rantau ini dengan perdagangan tumbuh 9.0 peratus setahun sejak beberapa tahun lalu.

Prestasi pelaburan kekal walaupun ASEAN berhadapan cabaran seperti penurunan harga minyak mentah dan turun naik mata wang, katanya pada sidang media pada Sidang Kemuncak Perniagaan ASEAN-EU 2015 kali keempat hari ini.

Beliau berkata, syarikat EU komited untuk terus melabur di rantau ini untuk tempoh jangka panjang dengan penurunan nilai mata wang serantau lebih baik berbanding liabiliti kepada perniagaan Eropah untuk melabur di Asia Tenggara.

"(Penyusutan nilai mata wang) mungkin membimbangkan sesetengah pihak namun ia tidak menyebabkan perniagaan EU untuk tidak meneruskan pelaburan," katanya.

Sidang kemuncak sehari itu dianjurkan bersama oleh Majlis Perniagaan EU-ASEAN dan Dewan Perniagaan dan Industri EU-Malaysia.




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *