Recent Post

Monday, August 24, 2015

Casing Kayu Dwi-Sim Yang Menarik Untuk Peranti iphone 6


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

PERANTI yang mempunyai slot dwi-SIM ialah perkara normal bagi pengguna peranti Android.

Di mana majoriti peranti Android yang dijual di pasaran sejak awal tahun ini mempunyai dua slot SIM.

Ini memudahkan mereka yang mahukan SIM berbeza untuk panggilan telefon dan menggunakan data prabayar yang murah di Malaysia.

Tetapi bagi pengguna iPhone mereka hanya boleh melihat kerana sehingga kini tidak wujud iPhone dengan dua SIM terbina.

convoy-wood-case-2

Convoy Wood Case ialah casing iPhone 6 yang mempunyai slot khas untuk menyimpan SIM kedua.

Ia diperbuat daripada kayu dan ruang simpanan SIM lengkap dengan alat pembuka talam SIM terletak pada bahagian bawah casing.

Tempat simpanan ini memudahkan pemilik iPhone untuk bertukar-tukar SIM mengikut keperluan.

Tidak perlu risau Nano SIM hilang ataupun terpaksa mencari jarum peniti untuk membuka talam SIM.

Kesemuanya tersimpan rapi dan selamat di dalam cangkerang. Cangkerang kayu ini dijual pada harga USD60 (RM240) sebuah.-Mynewshub.cc

Sumber: Madera

Oleh: hzq

Komen

comments




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *