Recent Post

Sunday, August 16, 2015

Bekalan air makin meruncing


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

ardyhansah@hmetro.com.my
Kota Belud: Masalah pencemaran air di Sungai Kedamaian dekat sini, disebabkan gempa bumi dan banjir menyebabkan penduduk berdepan masalah gangguan bekalan air yang tidak menentu sejak Jun lalu.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan merangkap Ahli Parlimen Kota Belud Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, masalah bekalan air di daerah ini bukan perkara baru, sebaliknya semakin meruncing selepas kejadian gempa bumi di Gunung Kinabalu.

"Keadaan itu menyebabkan berlaku banjir lumpur di sekitar daerah ini seterusnya pencemaran di Sungai Kedamaian yang menjadi punca utama bekalan air.

"Berikutan itu, bekalan air di daerah Kota Belud kini 100 peratus bergantung kepada Sungai Wariu yang tidak dapat menampung bekalan untuk semua penduduk.

"Walaupun projek pemasangan paip agihan siap dilaksanakan bagi menyalurkan air ke sekitar Kota Belud, ia tidak dapat dilakukan memandangkan tiada air bersih untuk disalurkan," katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.



Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *