Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
Ahli Parlimen Umno paling lama berkhidmat ketika ini enggan berterus terang apabila didesak untuk menyatakan pendiriannya sama ada masih menyokong Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri atau sebaliknya.
Pertanyaan itu dibuat ekoran pertemuan Tengku Razaleigh Hamzah dengan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad beberapa hari lalu.
Ketika ditanya beberapa kali, beliau akhirnya menjawab "ya".
Pada kali pertama soalan itu ditanyakan, beliau yang lebih mesra dikenali sebagai Ku Li berkata, sokongan diberikan kepada sesiapa saja yang melakukan perkara perkara sepatutnya untuk rakyat.
Ditanya kali kedua, Tengku Razaleigh menjawab: "Saya masih bersama backbenchers (penyokong) BN. Itu apa maksudnya?"
Kali ketiga, beliau mengesahkan tidak bersama dengan kumpulan pembangkang dan memusuhi Najib.
"Ya, saya tidak dalam barisan pembangkang, tapi saya harap kita semua lakukan semua yang betul, cakap yang benar, terangkan pada rakyat yang sebenarnya sup aya rakyat tidak keliru," katanya.
[Baca berita asal]

No comments:
Post a Comment