Recent Post

Sunday, August 16, 2015

Doa dan harapan mengiringi Chong Wei untuk raih semula gelaran juara dunia


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

KUALA LUMPUR: Perlawanan akhir Kejohanan Badminton Dunia kini menjadi bualan hangat di media sosial menjelang pertembungan Datuk Lee Chong Wei dengan bintang sensasi China, Chen Long pada aksi final di Stadium Istora Senayan, Jakarta petang ini.

Seluruh rakyat Malaysia menaruh sepenuh harapan dan berdoa agar jaguh badminton negara itu akan menewaskan Chen Long dan pulang ke tanah air dengan gelaran juara dunia.

Ucapan "semoga berjaya" membanjiri media sosial selain ucapan tahniah kepada Chong Wei atas kemenangan beliau dalam perlawanan separuh akhir, semalam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga tidak melepaskan peluang mengucapkan tahniah kepada Chong Wei serta berharap beliau dapat membawa pulang kemenangan berprestij itu untuk seluruh rakyat Malaysia.Chong Wei mara ke final buat kali ketiga berturut-turut sejak 2013 selepas menewaskan Jan O Jorgensen dari Denmark 21-7, 21-19 manakala Chen Long menundukkan pemain Jepun, Kento Momota 21-9, 21-15 dalam aksi separuh akhir.

Sebelum ini, Chong Wei muncul  sebagai naib juara sebanyak tiga kali iaitu pada 2011 di London, 2013 di Guangzhou dan 2014 di Copenhagen (ditarik balik kerana kes doping).

Aksi final Kejohanan Badminton dijangka berlangsung dalam jam 3 petang ini. 



Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *