Recent Post

Wednesday, August 26, 2015

INFO - SALURAN BAHARU BOOMERANG 555 DI HYPPTV


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Bertempat di Jungle Gym (Level 4), Bangsar Shopping Centre, Telekom Malaysia Berhad (TM) menerusi perkhidmatan IPTVnya telah melancarkan Boomerang saluran baharu 555 khusus buat pelanggan HyppTV.

Saluran baharu ini telah dilancarkan oleh Jeremy Kung, Naib Presiden Eksekutif, New Media, TM dan Mark Eyers, Ketua Pegawai Kandungan bagi Kids Network di Asia Pasifik, Turner International.

Majlis tersebut turut dimeriahkan oleh barisan selebriti tempatan seperti Hunny Madu dan Fazreen Rafi.

Klik gambar untuk size besar

Bagi memeriahkan lagi acara, HYPPTV turut menganjurkan aktiviti-aktiviti ceria untuk menarik peminat-peminat cilik dengan penampilan maskot-maskot Boomerang iaitu Mr. Bean dan Scooby-Do, buat j ulung kalinya di Malaysia.

Apa yang menarik di Boomerang saluran 555 HyppTv ini ialah ia dalam bentuk Definisi Tinggi (HD) dan boleh didapati dalam dua pilihan bahasa iaitu Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.

Antara rancangan kartun yang ada di dalam Boomerang ini ialah 'Tom and Jerry', 'Looney Tunes', 'Garfield', 'Pink Panther and Pals', 'Strawberry Shortcake', 'My Little pony', 'Inspector Gadget', 'Turbo Fast', Wabbit, 'Mr Bean', 'Be Cool', 'Scooby-Doo', 'Dragon: Rider Of Berk' dan Dragon: 'Defenders Of berk'.

"Boomerang adalah sebuah saluran baharu dan belum pernah ditonton sebelum ini di Malysia. Uniknya mengenai saluran ini adalah ia didatangkan dengan dua pilihan audio iaitu Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.

"Sal uran ini menawarkan kandungan secara eksklusif dan pertama kalinya termasuk pembikinan semula dan episod-episod kartun terbaharu seperti 'Tom and Jerry', 'The Looney Tunes' dan 'Scooby-Doo', serta program-program premium seperti 'Garfield', 'Pink Panther', 'Strawberry Shortcake', 'My Little pony', 'Mr Bean', 'Inspector Gadget' dan banyak lagi.

"Ia amat bersesuaian untuk golongan kanak dan seisi keluarga. Boomerang pastinya akan mempertingkatkan pengalaman tontonan bersama keluarga dan kami amat berbesar hati untuk menawarkan saluran ini di platform HyypTV.

"Di HyppTV, kami akan terus membawakan kepada penonton di Malaysia saluran-saluran menarik unik dan bertaraf antarabangsa untuk memenuhi kehendak mereka.

"Pelanggan HyppTV k ini boleh menikmati pelbagai jenis kartun Boomerang yang menarik di HyppTV dengan fungsi-fungsi 'time shift' dan catch-up' atau menerusi aplikasi mudah alih. HyppTV Everywhere yang boleh dimuat turun dari Google Play Store, Apple App Store bagi pengguna peranti pintar dan versi WebTV bagi pengguna PC," ujar Jeremy Kung dalam ucapannya.

Tambah Jeremy, pelanggan HyppTV turut berpeluang untuk menyertai peraduan hebat dan memenangi hadiah percutian ke luar negara sekiranya mereka melanggan mana-mana HyppTV Value Pack, serta melanggan kandungan Video On Demand (VOD) di HyppTV.

Untuk makluman lanjut mengenai HyppTV, layari www.tm.com.my/hypptv.

Artikel: Nur AinFoto: Man Lada

         ________________________

FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS - INSTAGRAM - TWITTER

TwitterFacebookGoogle PlusRSS FeedEmail




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *