Recent Post

Wednesday, August 26, 2015

Ladybeard lelaki berbulu yang menjadi kegilaan Jepun


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Jangan terkejut lelaki berbulu ini yang sentiasa tersenyum dan sering memakai kostum animasi Jepun  untuk karakter perempuan menjadi kegilaan yang terbaru di Jepun.

Lelaki yang berasal dari Australia ini bernama Richard Magarey, tetapi boleh juga dipanggil Ladybeard. Lelaki ini mempunyai kepelbagaian bakat dan kelihatan 'boleh tahan' apabila berpakaian seperti wanita.

Ya! Dialah pelakon, dialah ahli gusti, dialah pengamal seni mempertahankan diri dan penyanyi muzik metal! Kesemua rangkuman ini menjadikannya berguna untuk menjadi seorang idola.

"Saya telah memakai pakaian ini (pakaian wanita) di parti-parti dan persembahan Rock dalam beberapa tahun yang lepas. Ia sesuatu yang menghiburkan dan setiap orang lebih teruja apabila melihat lelaki dalam pakaian sebegini dimana-mana parti", ujarnya kepada Tokyodesu.

"Saya telah diserang beberapa kali, tetapi saya tidak merasakan reaksi ini dipanggil aneh, sekurang-kurangnya bukan di Australia", tambah Ladybeard.

 Sewaktu dia berusai 23 tahun, dia berhijrah dari Australia ke Hong Kong untuk mengejar cita-citanya sebagai dalam drama Kung Fu. Oleh kerana dia merupakan pengamal seni mempertahankan diri, dia mendapat latihan untuk aksi lagak ngeri (stunt).

Ladybeard 1

"Saya lebih cenderung kepada gusti kerana ia menggabungkan kesemua benda yang saya suka seperti seni mempertahankan diri, persembahan karakter dan segalanya".

Ladybeard 2

"Apabila saya mula bergusti, saya nekad untuk memakai pakaian sebegini dan menggunakan nama Ladybeard supaya semua orang menyukainya".

Ladybeard 3

"Selepas saya mula bergusti, saya masih lagi mahu menyanyikan lagu-lagu Heavy Metal, jadi saya turut mengekalkan watak sebegini kerana saya sudah mempunyai peminat-peminat asal dengan gaya sebegini. Saya telah membuat lagu metal dalam Bahasa Kantonis sambil memakai kostum ini".

Ladybeard 4

"Setiap kali selepas persembahan, orang ramai akan datang kepada saya sambil berkata,' Gila lah! kamu patut pergi ke Jepun kerana masyarakat disana pasti menggemarinya".

Ladybeard 5

Kemudian, Ladybeard mula muncul di majalah-majalah di Jepun dan ditawarkan untuk membentuk Ladybaby, merupakan kawaii metal band bersama dengan dua remaja lagi.

Ladybeard 6

Ladybeard, Rie dan Rei telah melancarkan single pertama mereka sebagai Ladybaby pada Julai lepas, dan semenjak itu mereka tidak berhenti menjelajah ke serata tempat.

Ladybeard 7

Apabila ditanya apakah perancangan masa depan, dia hanya menjawab, "Ladybeard merancang untuk menunggang triseratop robot apabila kesemuanya telah dicipta".

Ladybeard 8

Harap-harap, suatu hari nanti kita dapat melihat Ladybeard berada diseluruh dunia juga. 

Ladybeard 9

Jom kita lihat video klip dari Ladybaby ini.




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *