Recent Post

Wednesday, August 26, 2015

MAS lantik kaunsel eksekutif, ketua pemasaran


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines Bhd (MAS) telah melantik Nik Azli Abu Zahar sebagai Kaunsel Eksekutif berkuat kuasa 1 November 2015 dan Charles D McKee sebagai Ketua Pemasaran berkuat kuasa 14 September 2015.

Dalam satu kenyataan hari ini, syarikat penerbangan itu menyatakan Nik Azli akan membantu mewujudkan penyelarasan dalam pengurusan, rundingan, kemasukan kontrak dengan pelbagai rakan kongsi perniagaan syarikat.

Beliau mempunyai lebih 19 tahun pengalaman dalam bidang perundangan dan pengurusan.

Sementara itu, McKee mempunyai latar belakang dalam menerajui pasukan pemasaran dalam industri syarikat penerbangan, hospitaliti dan pemasaran destinasi.

Menurut MAS, pengalamannya selama 27 tahun dalam pemasaran dan menguruskan jenama pengembaraan kelas dunia akan membolehkan syarikat penerbangan itu kekal mendahului persaingan dan menawarkan pengalaman pelanggan yang lebih baik.

"Kedua-dua individu akan membawa banyak pengalaman yang akan menyumbang kepada pengiktirafan Malaysia Airlines sebagai satu daripada syarikat penerbangan terkemuka dunia," kata Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Christoph Mueller.

- BERNAMA




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *