Recent Post

Friday, August 28, 2015

Untung pracukai IOI Properties naik kepada RM1.13 bilion


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

KUALA LUMPUR: Keuntungan sebelum cukai IOI Properties Group Bhd bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun, 2015 meningkat kepada RM1.13 bilion daripada RM1.12 bilion, setahun lepas.

Pendapatan syarikat pemaju hartanah itu meningkat kepada RM1.906 bilion berbanding RM1.454 bilion, sebelum ini.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, syarikat itu menyatakan peningkatan dalam pembangunan hartanah disumbangkan hasil jualan lebih tinggi daripada projek-projek di Lembah Klang, Malaysia serta Singapura.

"Bagi pelaburan hartanah, peningkatan itu disumbangkan hasil segmen peruncitan yang lebih tinggi daripada IOI City Mall di Putrajaya yang mula beroperasi pada November 2014.

"Bagi segmen libur dan hospitaliti, kenaikan itu disebabkan pembukaan District 21 dan tarikan Icescape Ice Rink di IOI City Mall serta hotel Four Point Sheraton di Puchong selain pertumbuhan stabil perniagaan perhotelan sedia ada," katanya.

Bagi masa depan, kumpulan itu menyasarkan untuk menjana pendapatan lebih tinggi daripada segmen pelaburan hartanahnya berikutan selesainya projek dua menara pejabat dan hotel lima bintang, Le Meridien, dalam suku ketiga tahun kewangan 2016.

- BERNAMA




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *