Recent Post

Monday, September 07, 2015

Anak Kepada Bekas Ketua Polis Negara, Minta Khalid Menjadi Manusia Yang Lebih Baik


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Najib Abdul Rahman mungkin tidak mengikuti jejak arwah ayahnya dalam menguatkuasakan undang-undang, tetapi beliau mempunyai pandangan tersendiri bagaimana seorang ketua polis didalam sesebuah negara sepatutnya bertindak.

Najib Abdul Rahman merupakan anak kepada bekas Ketua Polis Negara (KPN) iaitu Tan Sri Abdul Rahman bin Hashim yang ditembak mati sewaktu dalam perjalanan untuk ke tempat tugas pada Jun 1974. Najib merupakan seorang jurnalis veteran, membuat keputusan untuk mengkritik KPN, Tan Sri Khalid Abu Bakar  melalui laman Facebook.

Antara isi yang dikemukakakan adalah seperti dibawah

#1 "Apabila KPN melihat dirinya di dalam cermin, satu, tanya pada dirinya, adakah saya akan menjadi tentera Islam dan mempertahankan prinsip-prinsip sebagai ketua didalam Islam".

#2 "Kedua, adakah dia akan menjadi ketua yang sebenar dengan orang-orangnya (orang bawahan), yang menjadi 'penunjuk arah' kepada orang bawahannya."

#3 "Ketiga, adakah ia akan menjadi pelindung kepada rakyat dan keadilan, atau hanya menjadi pengampu kepada orang politik. Hanya dia (Khalid) sahaja yang boleh menjawab tiga soalan ini".

Najib Rahman juga turut membandingkan, KPN sekarang  tidak mengikuti pendekatan bapanya sendiri yang disifatkan sebagai pemimpin kepada orang-orangnya.

"Orang kita yang beruniform biru (polis Malaysia) merupakan antara yang terbaik dunia, hal ini sahaja membuatkan  pasukan polis berasa agak kecewa dengan kepimpinan mereka sekarang. Memandangkan peranan yang dimainkan oleh Ketua Polis Negara kini, saya berharap ayah saya masih hidup. Saya kecewa dengan keseluruhan standard kepimpinan KPN sekarang", ini adalah antara intipati yang dimuatnaikkan oleh Najib Rahman melalui Facebook.

"Dia (Khalid) harus membuat keputusan , apa yang dia mahu jadi, bangun untuk melihat lencana yang dipakai, lencana pihak berkuasa", kata Najib lagi sambil menegaskan bahawasanya ayahnya merupakan, "Pemimpin" dalam kalangan orang bawahannya.

Najib juga menegaskan, agar kepercayaan orang ramai dan sikap hormat kepada Polis perlu melantik badan bebas untuk melantik KPN, katanya dalam sidang temuramah dengan akhbar tempatan portal atas talian, Malaysia Digest pada hari ini.




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *