Recent Post

Monday, September 07, 2015

Dr Mahathir sudah tidak konsisten


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

SUNGAI BESAR – Menteri Komunikasi dan Multimedia, Senator Datuk Seri Dr Mohd Salleh Said Keruak menyifatkan tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyertai perhimpunan Bersih 4.0 di Kuala Lumpur, petang kelmarin sebagai menyokong perhimpunan haram dan memberi galakan tidak sihat kepada masyarakat.

Beliau berkata, kehadiran Dr Mahathir pada perhimpunan itu sebagai tidak konsisten dengan kenyataannya ketika menjadi perdana menteri.

"Ini bererti Dr Mahathir sudah berubah pendirian. Saya masih ingat pada tahun 1998 bila banyak demonstrasi pada ketika itu, beliau membuat kenyataan budaya berhimpun ini adalah budaya asing.

"Sebagai seorang patriotik, sepatutnya beliau tak boleh berbuat demikian. Walaupun beliau di situ 10 minit, tetapi beliau menggalakkan budaya seperti ini, ini bukan budaya kita," katanya.

Beliau ditemui pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Sungai Besar, di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Besar, semalam.

Mohd Salleh menegaskan, meskipun Malaysia mengamalkan sistem demokrasi, namun turun ke jalan raya untuk tujuan demonstrasi bukanlah penyelesaian bagi setiap masalah.

"Kita bebas memberikan pendapat dan pandangan, tetapi kita tak boleh menggalakkan rakyat mengadakan demonstrasi sedemikian.

"Bayangkan jika anak kecil dibawa ke situ, tidur di merata-rata tempat seperti di tengah jalan dan tepi kedai, apakah ini budaya kita? Kenapa kita masukkan satu budaya yang asing pada kita?

"Sepatutnya kita sama-sama raikan hari merdeka bukan sahaja pada hari esok (hari ini), tetapi sebelum kemuncaknya kita raikan suasana yang melambangkan negara ini negara yang kita bangga," katanya.

Berita berkaitan:

5 termasuk pemandu maut di Lebuh Raya Persekutuan

Seorang maut, 4 cedera dalam nahas di simpang empat

Terkejut lihat suami tergantung di pokok

Kisah Mereka Yang Tak Sempat NAIK Pesawat

Lelaki Cedera Parah Ditetak, Ditembak

Komen

comments




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *