Recent Post

Friday, September 04, 2015

HYPPTV LANCAR DRAMA BERSIRI TERBAHARU, 'SI MONTEL'


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

HyppTV dan A. Aida Production Sdn Bhd semalam secara rasminya telah melancarkan drama bersiri baharu berjudul 'Si Montel' yang akan disiarkan secara eksklusif di HyppSensasi, Saluran 116 HyppTV kepunyaan Telekom Malaysia Berhad (TM).

Untuk info, drama tersebut diarahkan oleh Nuad Hj. Othman, dan dibintangi oleh Nor Syuhada yang memegang watak utama 'Tipah Montel'. Pelakon lain yang memerihkan drama ini ialah Azrel Ismail, Adibah Yunus, Ruhainies, Ezzaty Abdullah, Janna Nick, Syawal dan Keena Mentor.

Drama 'Si Montel' telah dilancarkan dengan rasminya oleh Emily Wee, Naib Presiden, Perniagaan dan Operasi Media, New Media, TM, bersama A. Aida, di Menara Kuala Lumpur (MKL).

Klik gambar untuk size besar

"Kami amat berbesar hati untuk membawakan satu lagi drama bersiri tempatan untuk para penonton kami dan kali ini, sebuah drama bergenre romantik komedi berbahasa Malaysia yang unik, 'Si Montel' di HyppTV. Pelancaran ini membuktikan komitmen berterusan kami dalam menawarkan pelbagai pilihan kandungan hiburan secara eksklusif di HyppSensasi, saluran hiburan Berbahasa Malaysia pertama milik HyppTV.

"Dengan peningkatan bilangan pelanggan HyppTV terutamanya penonton saluran HyppSensasi, 'Si Montel' menawarkan drama-drama hiburan yang penuh dengan mesej-mesej positif yang boleh dinikmati bersama seisi keluarga," ujar Emily dalam ucapan pelancarannya.

"Kami amat bersyukur dan berbangga dengan peluang yang diberikan oleh HyppTV dan akan berusaha sebaik mungkin untuk menerbitkan drama-drama bersiri terbaik buat penonton-penonton HyppSensasi. Apa yang menjadikan drama 'Si Montel' ini unik adalah kami ingin mengetengahkan pelakon berbadan besar yang berbakat dengan memberikan peluang kepada beliau untuk memegang watak utama yang jarang sekali diterima oleh golongan ini.

"Terdapat banyak mesej positif yang ingin kami kongsikan bersama para penonton menerusi drama bersiri ini, termasuklah, kita tidak seharusnya memandang rendah kepada golongan berbadan besar kerana mereka juga mempunyai daya tarikan yang tersendiri," kata A. Aida pula.

Si Montel mengisahkan Tipah Montel, yang dilakonkan oleh Dottie, seorang yang berbadan besar dan berhati mulia serta penyayang yang ting gal di sebuah kampung. Ketika gadis-gadis lain di kampungnya sibuk mencuba untuk menarik perhatian Aris, yang dilakonkan oleh Azrel Ismail, Tipah merasakan peluangnya adalah tipis kerana saiz badannya yang besar.

Dapatkah Tipah memenangi hati Aris dengan kejujuran dan kebaikannya?

Semuanya akan terjawab apabila anda menonton drama 13 episod ini yang akan mula ditayangkan pada 11 September 2015, setiap Jumaat pada jam 9.00 malam.

         ________________________

FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS - INSTAGRAM - TWITTER

TwitterFacebookGoogle PlusRSS FeedEmail




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *