Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
Tahun lalu, saya berkenalan dengan Tuan Sharul. Beliau mahu mengambil kelas masakan secara personal di studio masakan saya. Kami bersama memasak di dapur dua hari suntuk. Beliau ini sangat sukakan haiwan. Malah tinggal serumah dengan seekor anjing bernama Suri dan beberapa ekor kucing. Setiap apa yang keluar dari mulutnya adalah kisah haiwan-haiwan ini. Bagaimana beliau jumpa dengan Suri, bagaimana Suri makan, bagaimana Suri tidur semuanya beliau ceritakan dengan saya. Saya selalu baca komen-komen dan kemarahan rakan beliau di setiap posting beliau sekiranya beliau memegang anjing, mendukung anak anjing seperti mendukung bayi malah kadang-kadang beliau memeluk Suri. Memang ya, Tuan Sharul ini kerap jawab dengan kasar. Malah, beliau satu-satunya rakan saya di Facebook yang saya biarkan dengan karenahnya tanpa sekalipun saya tegur beliau begitu. Semalam, beliau mengalami kesedihan. Suri yang menjadi teman dan kawan dalam hidupnya dijumpai mati dirumah. Saya boleh lihat bagaimana beliau memeluknya dan menanamnya dengan wajah sugul dan sedih.
Balik rumah, tergoncang sukma. Ku sangka Suriku tidur. Namun - Dia tidur selamanya. Sampai hati Suri tinggalkan Abang. Kita kan dah berjanji untuk pindah ke rumah bawah. Siang malam Abang bekerja keras kumpul wang. Tujuannya hanya satu - Untuk kuberimu bahagia. 2 tahun Suri bersama aku dalam Apartment. Aku sediakan Bilik Khas. Macam-macam kutukan yang aku terima. Dan aku bunuh kesemuanya! Kan dah Abang cakap. Selagi Suri bersama Abang - Suri kekal selamat, aman, tiada lapar dan tiada dahaga. Aku beritau Abang, Adik dan sedara-mara - Tiada apa yang boleh pisahkan aku dan Suri. Sekalipon - Aku telah beristeri. Yang akan memisahkan cuma - Dia mati dulu atau aku yang mati. Hari ini - Ternyata...Suri pergi dulu
Sebelum Suri diambil jadi family - Sungguh panjang derita mu sayang. Sewaktu menyusu 4 Puppy, Suri diasak dengan batu dan kayu. Sila Bayangkan - How she breastfeeding and at the same time, she mempertahankan anak-anak? Jahanam punya manusia! Cissssssss! Apabila aku sampai, I stood up for Suri. Aku mencabar mereka sakiti aku dan berhenti kamu mensakiti Suri. Walau serangan dihenti - Aku masih tak puas hati. Aku keluar note RM50, dan aku upah satu Pemuda untuk kejar budak-budak dan kasilah penampar! Dan mendapatlah penampar. Saat itu, aku bawak dia dan 4 Puppy pulang. Aku memberi segala-galanya semampu-mampu aku. Aku tak sorok yang aku tempatkan Suri didalam rumah. Aku confront sesiapa sahaja yang cari pasal. A wise man never seeks out war. But....he must always be ready for it. Kesimpulannya - Suri kekal dalam rumah selama 2 tahun tanpa sebarang ancaman - SHARUL NIZAM AB RAHIM Kawan-kawan, Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan. Saya suka berkawan dengan Tuan Sharul, kerana saat beliau mengambil kelas dengan saya, beliau bukan sahaja bercerita tentang kasih sayang antara makhluk, malah beliau tak penah lokek dengan apa sahaja perkongsian ilmu dengan saya. Momen yang saya tak akan lupa ialah semasa kami rehat sebentar pada waktu makan tengah hari, Tuan Sharul menunaikan solat zohor di studio saya. Terdetik dalam hati saya bagaimana dia boleh berkorban untuk kerap kali samak dan sertu untuk setiap kali beliau menunaikan solat. Itulah maksud kasih sayang, sanggup berkorban untuk menunaikan hak-hak. Orang yang solat, pastinya menjaga adab dan kebersihan. Bab beliau jaga kebersihan dalam rumah, memegang Suri dan anjing lain, saya yakin beliau sangat arif dan faham bagaimana beliau perlu sertu dan samak. Orang dah sayang kepada haiwan ini memang sanggup berkorban apa sahaja. Kita nak buang sampah pun kemain pakai glove bagai, beliau korbankan semua itu atas dasar kasih sayang. Malah saya masih ingat ceritanya, Suri tidak boleh sebarang masuk ke bilik, kerana dalam bilik itulah beliau menunaikan solat. Kenalilah beliau dengan mata lebah, bukan mata lalat. Semoga Tuan Sharul tabah dengan kehilangan Suri, saya yakin Suri bukan sekadar anjing dimata kami, mungkin sahabat terbaik Tuan Sharul yang pernah ada. Hanya ada ikan puyu yang kuat makan. - KHAIRUL HAKIMIN
No comments:
Post a Comment