Recent Post

Wednesday, September 02, 2015

Ringgit, pasaran modal dibincang dalam mesyuarat pertama JKE


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

PUTRAJAYA: Isu semasa seperti nilai ringgit, kestabilan pasaran kewangan, pengukuhan keyakinan pasaran modal dan impak terhadap masyarakat umum antara isu yang bincangkan dalam mesyuarat pertama Jawatankuasa Khas Ekonomi (JKE), hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar mempengerusikan mesyuarat itu di sini, yang dihadiri lapan anggotanya manakala Pengerusi Kumpulan CIMB, Datuk Seri Nazir Razak melalui persidangan video bagi membincangkan isu semasa ekonomi dan pasaran kewangan.

"Langkah dan polisi yang dibincangkan juga mengambil kira 'intended and unintended consequences'. Ia akan dibincangkan lebih lanjut pada mesyuarat kedua yang bakal diadakan pada Jumaat ini," kata Abdul Wahid pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat JKE itu.

Hadir pada mesyuarat tersebut termasuk Ketua Sekretariat yang juga Timbalan Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi (EPU), Datuk K Yogeesvaran, wakil-wakil Kementerian Kewangan, Bank Negara Malaysia (BNM), Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, EPU, Pejabat Perdana Menteri dan Suruhanjaya Sekuriti (SC).

Abdul Wahid berkata BNM, EPU dan SC membentangkan taklimat komprehensif mengenai keadaan ekonomi bagi membolehkan JKE melakukan diagnosis lengkap mengenai persekitaran ekonomi dan pasaran, potensi senario dan kesannya sebelum memutuskan tindak balas dasar khusus dan langkah-langkah yang berkaitan.

Katanya JKE, yang melaporkan terus kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selepas setiap mesyuarat, akan mengemukakan langkah-langkah yang bersesuaian.

Semasa diminta berkongsi langkah dan syor yang dibincangkan dalam mesyuarat hari ini, Abdul Wahid enggan mengulas lanjut sambil berkata masih terlalu awal untuk menyebutnya.

Ditanya bila pengumuman mengenai langkah dapat dibuat, beliau berkata: "Biarlah kami menjalankan tugas kami. Sebarang dasar (baharu) akan diumumkan oleh Perdana Menteri ".

Dalam mesyuarat itu, Abdul Wahid berkata JKE menegaskan bahawa momentum pertumbuhan ekonomi Malaysia dijangka pada kadar 4.5 peratus hingga 5.5 peratus pada tahun ini serta kerajaan tidak akan menambat ringgit dan melaksanakan kawalan modal.

"Projek-projek pembangunan seperti MRT akan diteruskan namun ia akan diselaraskan dari semasa ke semasa dengan mengambil kira kedudukan fiskal negara," katanya.

Mengenai ringgit, Abdul Wahid berkata kerajaan memantau segala aktiviti kontrak hadapan yang tidak diserah (NDF) di luar Malaysia termasuk NDF di Singapura.

"Selepas penurunan nilai Yuan, pasaran kewangan terjejas sedikit dan Malaysia tidak terkecuali. Kita perlu memberi tumpuan kepada asas. Berikutan Malaysia terus menikmati lebihan dagangan pada masa ini, ini juga akan menjadikan lebihan akaun semasa.

"Bagi ringgit, apa yang kita perlu lakukan ialah memastikan kita kekal kepada asas-asas di samping mengkaji semula pilihan dasar yang lain.

"Akhirnya, nilai ringgit akan mencerminkan asasnya," katanya, sambil menambah bahawa adalah wajar untuk tidak membuat spekulasi pergerakan ringgit pada masa ini. - BERNAMA




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *