Recent Post

Wednesday, September 02, 2015

Wanita Ditahan Kerana Melepaskan Belon Berwarna Kuning


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

PETALING JAYA : Seorang wanita ditahan kerana dituduh melepaskan belon berwarna kuning dari tingkat atas bangunan Pavillion di Kuala Lumpur di satu acara yang dihadiri oleh Perdana Menteri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.

Wanita terbabit telah ditahan oleh polis bantuan dan diserahkan di balai Dang Wangi. Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Penolong Pesuruhjaya, Zainol Samah mengesahkan insiden terbabit. Polis masih menyiasat motif disebalik kejadian.

"Ia masih terlalu awal untuk memberitahu apa-apa. Kami sedang menyiasat", ujarnya sewaktu dihubungi pada Isnin.

Laporan berita mengesahkan, wanita terbabit telah menjatuhkan belon kuning sewaktu Najib berada di Ground Floor di pusat membeli belah terbabit sewaktu pelancaran DiverseCity 2015 Kuala Lumpur International Arts Festival.

Terdapat sedikit kekecohan apabila dilihat orang ramai menunjuk ke atas, tetapi tiada reaksi daripada Najib dan isteri.

Warna kuning belon terbabit merupakan tema pada perhimpunan Bersih 4.0 baru-baru ini pada hujung minggu lepas.




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *