Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
Eh? Betul ke 4 menu? Mengapa featured image cuma ada tiga menu sahaja? Sabar. Teruskan membaca. Pada bulan lepas penulis berpeluang berjalan ke utara tanah air di Jitra, Kedah dan secara tak langsung berpeluang untuk singgah ke Restoran Bunga Naga.
Restoran yang terletak diatas bukit ini bukan sahaja saujana mata memandang. Malahan disini juga turut menghidangkan makanan yang lazat. Disebabkan kami hanya bertiga. Jadi, kami hanya menempah tiga menu utama, nasi dan juga minuman.
#1 Buku menu..
#2 Jus buah naga.. memang sedap dan mesti cuba. Diperbuat daripada buah naga segar dan bukannya kordial yang dibancuh. Anda boleh merasainya sendiri kepekatan buah naga tersebut.
#3 Ikan kerapu masak cabai buah naga (5 rasa). Memang sedap walaupun anda mungkin berasa pelik selain buah nenas, buah naga juga turut dicampur dalam masakan. Jangan risau, saya jamin rasanya memang sedap.
#4 Kuah tom yam yang pekat dan rasanya memang 'kawww'. Udang dan sotong besar-besar serta dicampur juga dengan cendawan tiram.
#5 Sotong cabai kacang tumbuk. Terasa cili yang digunakan bagi membuat sambal ini menggunakan cili kering, jadi rasanya tidak ragu lagi, memang lebih sedap dari sambal yang diperbuat dari cili boh paket. Kacang rangup dan bijan menambahkan lagi keenakan rasa.
#6 Pandangan dari luar restoran pada waktu malam.
#7 Pintu masuk ke bahagian makan. Ini bukan pintu gerbang ye..
#8 Sewaktu masuk ke dalam, terdapat papan hitam yang menyatakan menu yang istimewa pada hari-hari tertentu.
#9 Antara menu yang terdapat di restoran ini
#10 Makanan laut, daging rusa pun ada tau.
#11 Senarai jus buah-buahan dan pencuci mulut
#12 Kemudahan surau turut disediakan
#13 Pemandangan dari atas bukit. Anda harus memakir kereta dibahagian bawah diruangan yang telah disediakan.
Buat kamu yang berpeluang ke negeri utara tanah air semenanjung ini, kamu bolehlah berkunjung ke restoran ini seperti alamat dibawah :
Lot 1076,
Kg Lubuk Batu,
Jalan Wang Tepus,
06000 Jitra,
Kedah.
Restoran ini berada dikawasan rumah kampung, jika kamu mencari restoran ini haruslah teliti, kerana sekali imbas pintu masuknya seperti rumah-rumah biasa tetapi restoran ini berada di atas bukit.
No comments:
Post a Comment